Saturday, November 28, 2009
Wednesday, November 25, 2009
Thursday, November 19, 2009
GANJARAN KERANA MEMULIAKAN BULAN ZULHIJJAH
Kata Sebahagian Ulama',Barang sesiapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam
bulan Zulhijjah,nescaya ia akan di anugerahi Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
1.Bertambah keberkatan pada umur dan usianya.
2.Bertambah kekayaan dan harta bendanya dengan tanpa disedari.
3.Kehidupan rumahtangga serta ahli keluarganya akan senntiasa terjamin dan
di pelihara oleh Allah.
4.Membersihkan diri dari dosa dan kesalahan yang lalu.
5.Segala Ibadah serta amal kebaikan dan kebajikannya akan di gandakan.
6.Allah akan memudahkannya pada saat menghadapi sakaratul Maut.
7.Allah akan menerangi kuburnya selama berada dialam barzakh.
8.Allah akan memberatkan segala timbangan amal kebajikannya semasa berada di
Padang Masyhar.
9.Selamat dari kejatuhan kedudukannya didunia,ia tidak akan dipandang rendah dan
hina oleh Masyarakat.
10.Martabatnya akan dinaikan pada sisi Allah.
KEISTIMEWAAN BULAN ZULHIJJAH
Salah Satu Cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat
tanggal 1hb Zulhijjah hingga 9hb Zulhijjah.Keistimewaan berpuasa pada hari itu
berbeza-beza pula,Menurut sebuah hadis yang telah di riwayatkan oleh Ibnu Abbas(R.A.)
Rasulullah S.A.W. Bersabda maksudnya:
1.Tanggal 1hb Zulhijjah kesalahan Nabi Adam(A.S.)diampuni oleh Allah S.W.T.barang
siapa yang berpuasa pada hari itu nescaya akan di Ampuni Allah akan dosa-dosanya
selagi tidak melakukan dosa-dosa besar.
2.Tanggal 2hb Zulhijjah doa Nabi Yunus(A.S.)diperkenankan oleh Allah S.W.T.,Barang
siapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia telah berpuasa selama setahun genap serta
tidak pernah melakukan maksiat yang besar.
3.Tanggal 3hb Zulhijjah doa Nabi Zakaria(A.S.)diperkanankan oleh Allah S.W.T.,Barang
Siapa yang berpuasa pada hari itu akan diperkanankan oleh Allah segala doa dan
permintaannya.
4.Tanggal 4hb Zulhijjah Nabi Isa(A.S.)telah dilahirkan,Barang siapa yang berpuasa
pada hari itu terhindar ia dari kefakiran dan kemalaratan kehidupan didunia ini pada
hari Kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang yang terhormat.
5.Tanggal 5hb Zulhijjah Nabi Musa(A.S.)dilahirkan barang siapa yang berpuasa pada hari itu terlepaslah ia dari sifat munafik serta dari siksaan kubur.
6.Tanggal 6hb Zulhijjah Allah S.W.T. membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-Nabinya,
Barangsiapa yang berpuasa itu ia akan dipandang oleh Allah dengan pandangan Rahmat
dan Kasih Sayang serta terlepaslah ia dari azab dan siksaan.
7.Tanggal 7hb Zulhijjah pintu neraka jahanam akan dikunci dan dibuka semula lewat
10 Zulhijjah,Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu dikuncikan Allah baginya 30
pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.
8.Tanggal 8hb Zulhijjah Nabi Ibrahim(A.S.)Bermimpi mendapat perintah dari Allah S.W.T.supaya menyembelih puteranya Ismail(A.S.)Seharian beliau duduk termenung dan
berfikir adakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.Hari itu
dinamakan dengan 'Tarwiya'(Hari Berfikir)Barang siapa yang berpuasa pada hari itu
ia akan diberi oleh Allah Pahala yang tidak terhitung jumlahnya.
9.Tanggal 9hb Zulhijjah turun ayat yang terakhir kepada Rasulullah S.A.W. yang
tersebut dalam surah Al-Maaidah Ayat 3.Menurut sejarah 81 hari setelah ayat ini
diturunkan iaitu pada hari jumaat tanggal 9 zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi Wukuf
di di Arafah Baginda pun wafat.Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi
Ibrahim(A.S.)bahawa perintah menyembelih anaknya Ismail sememangnya adalah perintah
darinya bukan dari syaitan.Justeru hari itu din,amakan dengan hari 'Arafah' (hari
Tahu),Barang siapa yang berpuasa pada hari itu diampunkan Allah akan dosanya setahun
yang lalu dan setahun yang akan datang.
10.Tanggal 10hb Zulhijjah adalah hari Raya Aidul Adha(korban)dinamakan juga hari
Nahar(Menyembelih).Haram Berpuasa pada hari ini tetapi disunatkan melakukan korban,
barangsiapa yang menyembelih dengan seekor korban pada hari itu ,maka setiap titisan
darah yang mengalir dari leher haiwan tersebut Allah akan mengampunkan dosanya serta
dosa Ahli keluarganya.sesiapa yang bersedekah pula pada hari tersebut atau memberi
makan kepada fakir miskin,kelak ia akan di bangkitkan oleh Allah pada hari kiamat
dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal kebajikan lebih berat dari bukit
Uhud.
Tuesday, November 17, 2009
Friday, November 6, 2009
Wednesday, November 4, 2009
Dosa Besar - Mencela Sahabat Nabi SAW
Dosa Besar - Mencela Sahabat Nabi SAW
Dosa Besar - Mencela Sahabat Nabi SAW
Dosa Besar - Mencela Sahabat Nabi SAW
Subscribe to:
Posts (Atom)