Wednesday, September 9, 2009
SUCI DARI MAKSIAT BATIN(ZIKIR LATIFATUL 7)
Para Ahli Sufi berpendapat bahawa 7 tempat yang membuatkan manusia itu melakukan
maksiat(dosa)batin.7tempat tersebut(Amal Zikir 7 latif tiap-tiap hari):
(1.LATIFATUL QALBI.)
Iaitu yang berhubungan dengan jantung jasmani,letaknya 2 jari di bawah susu kiri.
Disinilah letaknya sifat-sifat kemusyrikan,kekafiran dan ketahyulan serta sifat
-sifat Iblis lainnya.Adapun caranya untuk membersihkan sifat ini ialah dengan banyak
berzikir kepada Allah S.W.T.menurut sufi,Zikir yang harus di baca sebanyak 5,000kali
dengan cara menyebut "ALLAH".Pada Tingkat ini hati di isi dengan Iman,Islam,Ihsan,
Tauhid & Makrifat.
(NIAT ZIKIR:"SAHAJA AKU ZIKIR LATIFATUL QALBI,5,000X KERANA ALLAH")
(2.LATIFATUL ROH.)
Letaknya dua jari dibawah susu kanan,yang berhubungan dengan Qalbu jasmani.Disini
terletak sifat Bahimiyah(Sifat Binatang Jinak),Iaitu sifat-sifat yang suka menuruti
hawa nafsu,Untuk mensucikan sifat Latifatul Roh ini menurut para sufi adalah dengan
cara berzikir agak kuat membaca "ALLAH" Sebanyak 1,000 kali.
(NIAT ZIKIR:"SAHAJA AKU ZIKIR LATIFATUL ROH,1,000X KERANA ALLAH")
(3.LATIFATUL SIRRI.)
Letaknya dua jari di atas susu kiri.Di sinilah letaknya sifat"SABIYAH"(Bintang Buas),
iaitu sifat zalim atau aniaya,sepeti pemarah,pendendam dan sebagainya.
Untuk mensucikan sifat ini adalah dengan cara berzikir menyebut nama "ALLAH"sebanyak
1,000Kali dan di sifat ini pula ada sifat kebaikan,iaitu kasih sayang dan ramah tamah.
(NIAT ZIKIR:"SAHAJA AKU ZIKIR LATIFATUL SIRI 1,000x KERANA ALLAH")
(4.LATIFATUL KHAFI.)
Letaknya dua jari di atas susu kanan,dikenderai oleh limpa jasmani.Disini letaknya
sifat-sifat pendengki dan khianat.Sifat syaitaniah ini akan membawa kecelakaan dan
kebinasaan baik di dunia maupun di akhirat.
Untuk menghancurkan sifat-sifat syaitaniah ini,menurut sufi adalah dengan cara
membaca zikir"ALLAH"Sebanyak 1,000Kali,membaca zikir tersebut hendaklah mengunakkan
suara yang agak kuat dan di dalam sifat ini pula ada sifat kebaikan,iaitu sifat
syukur dan sabar.
(NIAT ZIKIR:"SAHAJA AKU ZIKIR LATIFATUL KHAFI 1,000X KERANA ALLAH")
(5.LATIFATUL AKHFA.)
Letaknya di tengah dada berhubungan dengan hempedu jasmani.Disinilah letaknya
sifat Rabbaniyah,Iaitu sifat-sifat Riya',takbur,sombong,&ujub(Membanggakan diri).
Untuk menghancurkan sifat ini hendaklah di baca zikir"ALLAH"sebanyak 1,000kali.
Didalam sifat ini juga ada kebaikan,iaitu ikhlas,khusyuk,& tafakkur.
(NIAT ZIKIR:"SAHAJA AKU ZIKIR LATIFATUL AKHFA 1,000X KERANA ALLAH")
(6.LATIFATUN NAFSUN NATIQA.)
Letaknya di antara 2 kening.Di sinilah letaknya nafsu amarah.Nafsu yang selalu
mendorong manusia kepada kejahatan.Sifat-sifat inilah yang menjadi penhalang besar
untuk menciptakan kebaikan dalam masyarakat.
Untuk menghancurkan sifat ini adalah dengan cara zikir "ALLAH" sebanyak 1,000kali.
Dalam sifat latifatu nafsun natiqa ini ada 2 sifat kejahatan,iaitu banyak menghayal
dan panjang angan-angan.Di dalamnya juga ada 2 sifat kebaikan iaitu sifat tenteram
dan fikiran tenang.
(NIAT ZIKIR:"SAHAJA AKU ZIKIR LATIFATUN-NAFSUN-NATIQA 1,000X KERANA ALLAH")
(7.LATIFAH KULLU JASAD.)
Iaitu sifat yang menguasai seluruh tubuh jasmani.Didalamnya terdapat sifat jahil
dan pelupa.Untuk menghancurkan sifat ini adalah dengan cara berzikir menyebut nama
"ALLAH" sebanyak 1,000kali.Didalam sifat ini pula ada sifat kebaikan,iaitu Ilmu &
Amal.
(NIAT ZIKIR:"SAHAJA AKU ZIKIR LATIFAH KULLU JASAD 1,000X KERANA ALLAH")
(DI IJAZAH ONLINE OLEH SYAIDINA SHEIKH IMAM MOHAMMAD ALMAHDI A.S.AL-HAJ)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment