DIVIDER LAMAN WEB ILMU ILMU ALLAH

FORCE OF ALLAH LIGHT SABER

Selamat Datang

jedi logo Pictures, Images and Photos

Alam Sejagatraya Kerajaan Kita

animated universe

**Masjid Jamkaran Yang Mulia~Qum~Iran**

**Masjid Jamkaran Yang Mulia~Qum~Iran**
**Masjid Syaidina Imam AlMahdi(A.S.)**

**Marilah Solat 5 Waktu Dengan Tetap~Semoga Bahagia Dunia Dan Akhirat**

Nasyid Sami Yusuf-Ya Mustafa


Free Music Downloads

**Anak Kapal Angkasa Raya Sejagatraya DiRaja**

Star Wars Spinning X-Wing Pictures, Images and Photos

*Memperbanyakkan Selawat Ke Atas Nabi S.A.W. Supaya Majlis Ilmu DiBerkati*

*Memperbanyakkan Selawat Ke Atas Nabi S.A.W. Supaya Majlis Ilmu DiBerkati*
*(Doa Terang Hati Pelajar-Pelajar Sufi Tendai Knights)*

Al-Islam Kerajaan Kita Sign

KERAJAAN-KITA ISLAMIC LED TICKER

** Pusat Pengkalan Perpustakaan Khazanah Ilmu-Ilmu Allah **

Spinning Starfleet Logo Pictures, Images and Photos **Untuk Mencapai Kesempurnaan Iman,Ilmu Ilham,Amalan Yang Istiqamah,Ketinggian Dan Kemurniaan Akhlak,Keamanan Alam Insan Sejagat,Ukhuwah,Pembelaan Agama Dan Dunia**

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Mahaguru Maharaja Sejagatraya Sufi Tendai Islam

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Mahaguru Maharaja Sejagatraya Sufi Tendai Islam
** SALAM~SAYANG ** SALAM ~CERIA ** SALAM~RAUDHAH **

Air Terjun Kerajaan Kita

animated waterfall Pictures, Images and Photos

PEJABAT DIRAJA PERTUBUHAN BERSATU SUFI TENDAI GERAK CAHAYA KNIGHTS

PEJABAT DIRAJA PERTUBUHAN BERSATU SUFI TENDAI GERAK CAHAYA KNIGHTS
E-mail: sheikh.engku@gmail.com (Dekan Universiti Ilmu Allah)

AKADEMI KELUARGA KEAMANAN SUFI TENDAI SINGA KNIGHTS

AKADEMI KELUARGA KEAMANAN SUFI TENDAI SINGA KNIGHTS
*Aqidah-Akhlak-Ilmu Seni Bela Diri Islam-Penyembuhan-Konsultasi-Pengembaraan Ghaib-Deteksi-Ilmu Ilmu Allah*

**Kapal Induk Angkasa Lepas-Lebih Cepat Dari Cahaya**

Star Trek The Next Generation Starship Enterprise 01 Warp Warping Drive Captain Picard Riker Troi Worf Icon Icons Emoticon Emoticons Animated Animation Animations Gif

Wira-Wira DiRaja Kemuliaan Ketenteraman Sejagatraya Sufi Tendai Khalifah Kuasa Khalik A.W.J.

Wira-Wira DiRaja Kemuliaan Ketenteraman Sejagatraya Sufi Tendai Khalifah Kuasa Khalik A.W.J.
Pengamal Ilmu Allah Dan Ilmu Tenaga Dalam Islam

Semarak Kesyukuran Keamanan Alam Nyata Allah S.W.T.

Semarak Kesyukuran Keamanan Alam Nyata Allah S.W.T.
Tentera~Tentera Cahaya Nur Allah S.W.T.

*KERAJAAN KITA ISLAMIC FORCE LED FLICKER V.1


I made this widget at MyFlashFetish.com.

KONSUL PERSEKUTUAN UKHWAH KOMUNITI AL-ISLAM SUFI TENDAI SEMANGAT SINGA

**Semoga Allah MeRahmati Para-Para Ahli Dewan Rasmi Guru-Guru Serta Pensyarah Dan Para Ahli-Ahli Murid Mahaguru Islam Imam AlMahdi(A.S.)**

No.1 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars:Royal Rogue Squadron

No.2 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars:The Kessel Run

No.2 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars:The Kessel Run
Click Our Private Sufi Jedi Holodeck Training Game Image

No.3 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars:Sufi Tendai LightSaber Training

No.3 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars:Sufi Tendai LightSaber Training
Click Our Private Sufi JediHolodeck Training Game Image

No.4 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars: Sufi Tendai Knights Battle-Blades Of Light

No.4 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars: Sufi Tendai Knights Battle-Blades Of Light
Click Our Private Sufi Jedi Holodeck Training Game Image

BERJIHAD BERSAMA MAHARAJA ISLAM BERTENTANG DENGAN BALA TENTERA IBLIS

star wars Pictures, Images and Photos

Monday, December 20, 2010

FEKAH-BERSUCI


(FEKAH-BERSUCI)
(A.DEFINISI BERSUCI)
Bersuci ialah menghilang hadas dan najis dari badan,pakaian serta tempat supaya
dapat menunaikan ibadah khususnya ibadah solat.Bersuci juga merupakan sesuatu yang
Wajib di dalam ajaran Islam,Kerana tanpa bersuci ibadah tidak akan diterima.Di
Antara cara bersuci ialah berwuduk,mandi dan membersihkan najis dari badan dan
Pakaian.

(B. JENIS-JENIS BERSUCI)
Bersuci ada beberapa jenis:

1.Mensucikan badan dari hadas kecil.

2.Mensucikan badan dari hadas besar.

3.Istinjak.

4.Mensucikan pakaian,jubah dan masjid.

Istinjak: Cara & Syarat


Permasalahan istinjak

(C. ISTINJAK)
Yang dimaksudkan dengan istinjak iaitu bersuci selepas keluarnya kotoran dari dua
Jalan iaitu kencing atau najis tahi dengan sesuatu yang bersih seperti air,kertas,
batu dan sebagainya sehingga najis itu bersih.

(D. RUKUN ISTINJAK)
1.Orang yang beristinjak itu seorang Islam.

2.Alat untuk istinjak adalah batu,kertas,daun atau benda-benda keras yang suci kecuali Tulang-tulang kerana adalah sisa makanan Kaum Jin-Jin(Makhluk Ghaib Yang Halus)Dilarang Untuk Istinjak Dengan Tulang.

3.Tempat yang diistinjak itu adalah Kubul dan dubur(Kemaluan Depan dan Punggung).

(E. FARDHU ISTINJAK)
Istinjak itu mestilah menghilangkan najis,baunya dan rasa.

(F. CARA MENGERJAKAN ISTINJAK)
1.Istinjak itu dilakukan sebanyak tiga kali,kalau ternyata masih belum suci,boleh
Diulang lagi sehingga suci.

2.Alat Istinjak itu mestilah melingkupi tempat yang disapu itu.

3.Beristinjak itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar.

(G. SUNAT-SUNAT BERISTINJAK)
1.Disunatkan beristinjak dengan bilangan ganjil sama ada tiga kali,lima kali,
Tujuh kali dan seterusnya.

2.Disunatkan juga supaya menggunakan tangan kiri.

(H. BERISTINJAK DENGAN AIR)
Beristinjak dengan air atau dengan batu,daun dan dengan benda keras lainnya hendaklah
Dibersihkan sehingga hilang bau,rasa,warna dan zatnya.Sesudah selesai mengerjakan
Istinjak maka disunatkan membaca:

"ALLAHUMMA TAUHIR QALBI MINAL NIFAQI WA HASSIN FARJI MINAL FAAWA HISH"!.

Ertinya:"Ya Allah bersihkanlah hatiku dari sifat Munafik dan peliharalah kemaluanku
Dari kekotoran".

(H.1 NIAT BERISTINJAK)
Niatnya:"Sahaja Aku Beristinjak Zahir dan Batin Kerana Allah"!.

TATACARA MASUK & KELUAR TANDAS DALAM ISLAM


(I. ADAB BUANG AIR)
1.Disunatkan ketika masuk Tandas mendahulukan Kaki Kiri Sambil Membaca:

"BISMILLAHIRAHMANIRAHIM-ALLAHUMMA INNI A'UZU BIKA MINAL HUBSI WAL HAUBA-IS'"!.

Ertinya:"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,Aku berlindung
Dengan engkau daripada sebarang kekotoran dan segala yang kotor".

2.Disunatkan ketika keluar tandas dengan cara mendahulukan kaki kanan sambil membaca:

KAEDAH DOA A. Sebut:"ALHAMDULILLAH"
Ertinya:"Segala Puji Bagi Allah"!

KAEDAH DOA B. Sebut:"GHUFRANAAKAAL HAMDULILLAHI LAZI 'AZHABA ANNIL A-ZA AN-NIL
AZA WA GHAFANNI"
Ertinya:"Mohon KeampunanMu Ya Allah.Segala Puji bagi Allah yang
Menghilangkan dariku sebarang penyakit dan menyihatkanKu."
3.Jangan menhadap atau membelakang Kiblat,Kecuali di dalam Bilik mandi,Jamban dan
Sebagainya.

4.Jangan Buang air di dalam lubang-lubang tanah,tepi longkang,tempat lalu lalang orang awam dan tempat perteduhan awam.

5.Jangan bercakap-bercakap ketika buang air.


(GAMBARAJAH MENGENAI MENCANGKUNG ATAU DUDUK)
6.Mencangkung atau duduk hendaklah diberatkan disebelah kiri.

7.Disunat beristibrak(Bersuara sedikit seperti berdehem untuk keluarkan semua saki
baki air kencing(Tos Air Kencing).

8.Disunatkan Memakai sepatu atau selipar atau terompah untuk masuk dan keluar tandas.
Lebih Baik jika sebelum keluar dari Qada' hajat kecil dan besar dijiruskan 2 belah kaki dan alas kaki(Sepatu) itu supaya tidak ada sebarang najis itu disisi sepatu dan kedua belah kaki itu.

(J. JENIS-JENIS AIR)

1.Air yang suci lagi menyucikan(Air Mutlak).Air ini boleh diminum,berwuduk dan mandi.
Boleh Juga digunakan untuk membasuhseperti air sungai,air hujan,air laut dan sebagai
nya.

2.Air yang suci tetapi tidak menyucikan Termasuk didalamnya air kopi,air teh,iaitu
Air yang telah berubah salah satu sifatnya.

3.Air yang bernajis,iaitu air yang sudah berubah sifat-sifatnya kerana bercampur
dengan najis.

4.Air Makruh,Iaitu air yang terjemur pada matahari dalam bekas daripada Emas dan
Perak.

(K. BENDA-BENDA NAJIS)
1.Bangkai binatang darat yang berdarah selain dari mayat manusia.Adapun bangkai
binatang laut seperti ikan dan bangkai binatang darat yang tidak berdarah ketika
masih hidupnya seperti belalang adalah suci.

2.Tahi

3.Air Kencing.

4.Darah.

5.Nanah.

6.Muntah.

7.Air Mazi(Iaitu air putih yang keluar ketika keluar syahwat sedang naik).

8.Air Wadi(Air putih yang keluar dari kemaluan sesudah buang air kecil atau ketika
membawa beban berat).

9.Arak.

10.Anjing & Babi.

(L. CARA MENYUCIKAN BENDA-BENDA YANG TERKENA NAJIS)
1.NAJIS MUGHALLAZAH(Najis Berat),Iaitu anjing dan babi.Cara Menyuci benda yang kena
najis ini hendaklah dibasuh tujuh kali,satu kali di antaranya airnya dicampur dengan
Tanah.

2.NAJIS MUKHAFFAFAH(Najis Ringan),Iaitu Kencing bayi lelaki yang berumur dua tahun
Ke bawah yang dibesarkan hanya dengan meminum air susu ibunya.Cara menyuci najis
ini ialah dengan merenjis air ditempat terkena najis tersebut.

3.NAJIS MUTAWASSITAH(Najis Pertengahan),Iaitu najis-najis yang lain dari yang disebut
kan diatas.najis ini terbahagi kepada dua bahagian:

A.NAJIS HUKMIAH.Iaitu sesuatu yang najis dari segi hukumnya saja.Sedangkan dari segi
penglihatannya sudah tidak kelihatan lagi.Seperti air kencing yang sudah kering,
tetapi baunya masih ada.

B.NAJIS AINAH.Iaitu Najis yang masih ada zatnya,warnanya,rasanya dan baunya.

Cara menyuci kedua najis di ats ini ialah dengan cara menghilangkan zatnya,rasanya,
Warnanya dan baunya.

No comments:

Post a Comment