Manual Ilmu Perlatihan Sejagatraya Kundalini Aura Reiki-DataLog/VideoLog
Beginning the Reiki Journey to Mastery
Christine Sokolowski, Rieki Master and Author introduces you to 'Reiki From Beginning to Master'. Learn what the Journey to becoming a Reiki Master really means and how we all have latent healing ability we are now recognizing.
REIKI HEALING AND CHAKRAS
Chakra Cleansing
(TATACARA PENERIMAAN ATTUNEMENT ADALAH SEPERTI BERIKUT):
1.Bersiap sedia 5 minit sebelum masa yang telah ditetapkan.(jika ada).
2.Caranya,duduk bersila dengan badan tegak dan tidak bersandar.Posisi duduk menghadap
Kiblat(arah matahari terbenam).Telapak tangan di dekat lutut dan membuka ke atas.
Boleh juga duduk diatas kerusi.Kaki menyentuh lantai,mata dipejamkan.Setelah santai
baru mulai attunement dengan tetap pada posisi tersebut.
3.Pastikan anda tidak memakai sebarang benda yang bersifat mengalirkan energi seperti
benda logam,batu kristal dan kulit.
4.Berdoa mengikut kepercayaan masing-masing.Orang Islam digalakan membaca Al-Fatihah.
**Ucapkan penerimaan attunement:
"Tuhan Yang Maha Esa,Saya sekarang sedang menerima attunement Kundalini Reiki Level
1,2,dan 3,Kundalini Reiki Booster level 1,2,3,4,5,6,Gold Reiki level 1,2,dan 3 sekaligus daripada Mahaguru Syaidina Master Sheikh Imam AlMahdi(R.A.)Al-Haj dengan sempurna Dan Abadi"
(SAMBIL UCAPKAN NIAT ATTUNEMENT DENGAN MENGAMBARKAN IMEJ MAHAGURU ISLAM IMAM ALMAHDI,SEBAGAI WASILAH UNTUK DAPAT BERKAT GURU YANG SUCI LAGI MAKSUM,AMIN)
5.Kemudian anda lakukan meditasi selama 25 minit.Bernafas dengan perlahan dan tenang
seperti biasa dan sesantai mungkin.Jangan fikir atau mencari 'rasa'apa pun.Hayati dan
nikmati pernafasan anda dengan setenangnya.
6.Setelah selesai,ucapkan terima kasih kepada Tuhan Yang Maha Esa diatas Attunement
dan Energi yang diberikan.
"TIDAK ADA SENSASI BUKAN BERERTI TIDAK ADA ENERGI"
Jika anda tidak merasakan apa-apa sensasi semasa attunement berlangsung tidak bermakna anda tidak memperolehi attunement.Yakinlah bahawa PASTI berjaya.Sensasi
yang dirasakan adalah berhubung dengan taha kepekaan seseorang.Jika anda santai,
sensasinya lebih mudah dirasakan.Namun jika sejak awal sudah memasang target bahawa
sensasinya harus bersifat tertentu,tetapi ketika yang timbul adalah sensasi yang
lain bukan seperti yang ditargetkan,maka anda tidak akan merasakannya.
Tahnia!!Anda telah pun menerima attunement Kundalini Reiki Tahap Master,Level 1
Hingga level 9 Sekaligus.Sila ambil perhatian,anda tidak perlu diberikan attunement
secara berperingkat sebagaimana lazimnya seperti yang tercatit dalam manual ini
kerana Master Sheikh Imam AlMahdi telah memberikan anda attunement dari level 1
hingga level 9 Secara Ilmu Allah & Ilmu Kundalini Reiki Secara Sejagatraya Dengan
Izin Allah S.W.T..Tetapi jika anda ingin memberi attuement reiki kepada orang lain,
maka anda harus memberikannya secara berperingkat mengikut Jarak Waktu yang telah
ditetapkan.Sila rujuk tajuk-(TEKNIK MEMBERI ATTUNEMENT KUNDALINI REIKI KEPADA ORANG
LAIN-UNTUK PERINGKAT MASTER).
(PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN SELEPAS INI.)
1)(KUNDALINI REIKI MEDITATION/MEDITASI KUNDALINI REIKI)
Anda sudah boleh melakukan meditasi Khusus Kundalini Reiki bagi tujuan membersihkan
Cakra-cakra dan saluran energi anda.Ia juga mampu menaikkan Api Kundalini anda dengan
Cepat.
Berikut adalah Kaedah untuk melakukan Meditasi Kundalini Reiki:
1)Duduk diatas kerusi atau duduk bersila dilantai sambil memejamkan mata(cara yang
sama seperti menerima attunement atau teknik meditasi yang lainnya.)
2)Niatkan "Kundalini Reiki Meditation/Meditasi Kundalini Reiki".Maka berlakulah proses meditasi ini dan berakhir selepas 5 Minit kemudiannya.Tenang dan santai serta
nikmatilah proses ini.
Digalakan anda melakukan meditasi ini pada setiap hari atau mengikut kelapangan anda
(Maksima 1 Kali Sehari)bagi tujuan pembersihan.Dengan ini anda juga akan menerima
energi yang bersesuaian dengan keperluan anda tanpa berlebihan.(Sama seperti dalam
proses penyembuhan).
2)(BEFORE TREATMENT/SEBELUM RAWATAN)
Sebelum melakukan rawatan pada orang lain maka disarankan seseorang Jurusembuh untuk
Melakukan rawatan ke atas diri atas diri sendiri terlebih dahulu,terutama:crystalline
Reiki,DNA Reiki,Past-Life Reiki,Location Reiki,Dan Birth Trauma Reiki.Sila Rujuk tajuk-(PENJELASAN TEKNIK KUNDALINI REIKI 3)
(PENGENALAN)
(MASTER MIKAO USUI-PENGASAS USUI REIKI RYOHO)
(SEJARAH REIKI)
Rei Ki ditemukan kembali oleh Master Usui di Jepun pada awal Abad 19.Setelah diajarkan di Hawaii oleh Puan takata,Rei Ki mulai menyebar keseluruh Dunia.Dewasa
ini, Rei Ki diajarkan dibanyak Universiti-Universiti besar dan ditawarkan sebagai
penyembuhan alternatif di berbagai Pusat Rawatan terkenal di Luar Negeri.Reiki juga
telah berkembang kepada ribuan jenis tradisi diantaranya seperti Kundalini Reiki,
Seichim Reiki,Tummo Reiki,Golden Reiki,Sufi Reiki,Karuna Reiki,dan lain-lain.
Rei Ki adalah suatu teknik penyembuhan alternatif dimana seorang JuruSembuh menyalurkan energi Alam Semesta pada dirinya sendiri maupun kepada orang lain hanya
dengan meniatkan saja.Rei Ki bukanlah juga sesuatu yang Ghaib.Prinsip penyaluran
energi seperti dalam Rei Ki sudah di kenal sejak lama.Dengan mengosok-gosokkan telapak tangan dan menempelkannya ataupun tidak kebahagian tubuh yang memerlukan(sakit),bahagian tubuh tersebut akan menjadi lebih baik.
Walaupun amatlah mudah untuk dipergunakan dan dipelajari.Hanya dengan mengikuti kursus Rei Ki dalam beberapa jam(hanya attunement tahap 1),Seseorang akan langsung
memeliki kemampuan hanya untuk menyembuhkan.tetapi kemampuannya tidak saja dapat
dipergunakan untuk berbagai masalah kesihatan fizik yang ringan maupun yang berat,
Tetapi juga untuk masalah-masalah emosi,Mental,Perkara Ghaib,Paranormal,Ilham,Alam
Sejagatraya Dan sebagainya.
(MANFAAT REIKI DAN KELEBIHANNYA)
*Membuat seseorang lebih segar dan tetap sihat.
*Pencegahan diri dan pengubatan berbagai berbagai penyakit fizik,emosi dan mental.
*Menghilang stress dan membuat lebih santai sehingga sangat bermanfaat tidak saja bagi orang-orang umum,tetapi juga para eksekutif.
*Menghilangkan kebiasan-kebiasan negatif.
*Melindungi dari berbagai hal-hal negatif.
*Membantu dalam Meterialisasi dalam kehidupan sehari-sehari dan pekerjaan/usaha.
*Meningkatkan Kesadaran Dan Kualiti Meditasi.
*Memperhaluskan Kulit dan Awet Muda.
*Membantu latihan dan teknik tenaga dalam/pernafasan lainnya.
(KELEBIHAN-KELEBIHAN REIKI)
*Lebih mendekatkan seseorang kepada Tuhan Yang Maha Esa.
*Mudah dipelajari,hanya dalam beberapa jam saja.
*Jurusembuh menyembuhkan hanya dengan niat saja.
*Setiap kali menyembuhkan,Energi Jurusembuh akan bertambah secara Kuantiti dan Kualiti.
*Tidak dapat dipergunakan untuk hal-hal negatif apapun.
*Tidak menularkan energi negatif baik dari pesakit kepada jurusembuh maupun sebaliknya.
*Tidak berbahaya bagi organ-organ tubuh yang halus dan bayi.
*Seseorang Jurusembuh dapat mengabungkan energi untuk hasil yang lebih baik.
*Energinya tidak akan berkurang dan mengalir sesuai dengan keperluannya.
*Untuk mengelakkan Aura Jahat,Sihir,Ilmu Hitam,Jin.
*Dapat Merawat Manusia,binatang,Pokok-Pokok,Alam Galian,dan Alam Sejagatraya.
*Peka Dalam Bidang Paranormal.
*Memperbaguskan dan memperbaik amal baik atau amal soleh pengamal.
*Mendapat Ilham secara tenaga dalam Kundalini Reiki Peringkat Tertinggi.
(Taraf tertinggi ini lebih bawah makam dari Tenaga Cahaya Ilmu-ilmu Allah)
*Dapat isyarat dari alam ghaib,alam halus,dan alam bimasakti.
*Dapat melihat Jin & Makhluk Halus Dengan Izin Tuhan Yang Maha Esa.
(MATLAMAT PERLATIHAN KUNDALINI REIKI)
*Dapat terhubung(Channeling)dengan energi Reiki.
*Dapat menyembuhkan diri sendiri(Self Healing)dan menyembuhkan orang lain.
*Memahami penggunaan program-program yang tersedia pada tradisi Kundalini Reiki.
*Dapat memberikan attunement kepada orang lain.
(ENERGI LINEAGE)
1)Ole Gabrielsen
2)Yan Nurindra(IRMA dan Reiki Asia Foundation Founder)
3)Master Mohammad Hisham Yahya
4)Mahaguru Islam-Syaidina Master Sheikh Dr.Imam AlMahdi(R.A.)Al-Haj
5)Anda Pelajar-Pelajar Kundalini Reiki.....
(PERHATIAN)
Reiki adalah Supplementary Treatment,dan tidak dimaksudkan untuk mengantikan "Penyembuhan Kedoktoran" atau mengantikan ubat-ubatan.Jurusembuh/Pengamal Reiki tidak diperkenankan menyarankan kepada pesakit untuk menghentikan proses proses penyembuhan doktor.
Jurusembuh Reiki tidak diperkenankan untuk melakukan Diagnosis penyakiit,kecuali
Jika Pengamal Reiki tersebut adalah ahli medis yang memiliki kelayakan (misalnya:
seorang Doktor).
Reiki adalah satu proses penyaluran energi dari Alam Semesta melalui pengamal Reiki
kepada pesakit yang bertujuan untuk meningkatkan kemampuan semulajadi tubuh untuk
menyembuhkan diri sendiri dengan menyimbangkan kembali energi pesakit tersebut.
(KARAKTERISTIK DASAR KUNDALINI REIKI)
*Tanpa Attunement Fisik.
*Khusus untuk membuka Golongan Kundalini Dan Menaikkan Api Kundalini.
*Penggunaannya sangat mudah dan sederhana iaitu melalui kaedah pemprograman.
*Tanpa mengunnakan symbol.
*Dapat digabung dengan teknik dari tradisi lain.
*Tatacara Attunement yang sangat mudah dan sederhana.
*Jurusembuh akan memperolehi beberapa energi yang berbeza.
*Boleh dipelajari setiap orang tanpa membezakan usia dan ugama.
(EFEK PASCA ATTUNEMENT)
Setelah seseorang pelajar menerima attunement untuk pertama kalinya,berkemungkinan
akan terjadinya'Efek Pasca Attunement' pada sebahagian orang,dimana efek ini merupakan sesuatu perkara yang NORMAL dan tidak perlu dikhuatirkan.
*OVER ENERGY
Energy Eterik mengalir terus menerus,bersirkulasi di seluruh jaringan tubuh eterik.
*DETOKSIFIKASI
Terjadi peningkatan frekuansi buang air besar dan kecil.
*OVER HEATING
Suhu tubuh cenderung meningkat.
*PERUBAHAN POLA TIDUR
Kecenderungan lebih mudah mengantuk.
Hal-Hal di atas hanya bersifat sementara,Kerana adanya penyelarasan kembali aliran
"Chi"Internal(Energi dalaman),dan merupakan sesuatu yang bersifat positif(bukan
penyakit).
(KUNDALINI REIKI)
Kundalini Reiki telah ditemukan Oleh Ole Gabrielsen.Beliau adalah seorang Grandmaster Meditasi dan Kundalini dari Denmark yang sejak lama telah melakukan Channeling terhadap seorang guru spiritual dari daerah Kashmir ,India yang dikenali sebagai Kuthumi.
Kundalini Reiki bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke energi Bumi.Cakra Akar iaitu Pusat energi terletak berhampiran hujung tulang belakang berperanan sebagai
pintu masuk untuk energi Kundalini Reiki.Energi Kundalini juga dirujuk sebagai Api Kudalini.
Kundalini Reiki mempunyai 9 Tahap/Tingkat/level secara keseluruhahannya.Iaitu:
1.Kundalini Reiki 1
2.Kundalini Reiki 2
3.Kundalini Reiki 3
4.Kundalini Reiki Booster 1
5.Kundalini Reiki Booster 2
6.Kundalini Reiki Booster 3
7.Kundalini Reiki Booster 4
8.Kundalini Reiki Booster 5
9.Kundalini Reiki Booster 6
*Gold Reiki Mahaguru Imam AlMahdi,Berikan Sebagai BONUS!!
Selepas proses pengaktifan dilakukan energi akan mengalir keseluruhan tubuh melalui
'Saluran utama energi'dan keluar dari cakra mahkota yang terletak dibahagian atas
Kepala.Saluran Energi ini bergerak dari cakra akar ke cakra mahkota.Kundalini terbuka
Bermakna,Selepas suatu masa yang tertentu,Proses pembersihan cakra-cakra pun akan
Mencapai kesempurnaan.Ianya bererti segenap bahagian-bahagian tubuh dan saluran energi yang telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.
Seseorang yang mempunyai masalah dengan pembangkitan Kundalini(Kundalini Rising)atau
masalah yang bersangkutan dengan Kundalini,Sering Kali boleh disembuhkan dengan
Kundalini Reiki.
Bagi yang berminat untuk belajar Kundalini Reiki hendaklah bermula dengan Kundalini
Reiki 1,Walaupun sebelum ini anda pernah mendapat attunement daripada tradisi Reiki.
(KUNDALINI REIKI 1)
Penyelarasan/attunement yang pertama ini membuka saluran penyembuhan untuk membolehkan penyaluran energi Reiki.Kesemua simpulan dan sekatan dalam Cakra-cakra
disingkirkan(melainkan cakra akar).Saluran utama tenaga,dari cakra Mahkota ke cakra
Akar dibersihkan sebagai penyediaan untuk pembangkitan Kundalini Reiki yang anda
Alami dalam pengaktifan Kundalini Reiki peringkat 2(KUNDALINI REIKI 2).Dimana cakra
Hati menjadi bertembah besar dan saluran tenaga dari tangan ke cakra mahkota dibuka
Supaya reiki boleh mengalir,sebaik-baik sahaja belaku proses pengaktifan Kundalini
Reiki 1.Anda akan diajar dengan lengkap bagaimana untuk melakukan rawatan penyembuhan dan penyembuhan secara jarak jauh.Kundalini Reiki 1 adalah bersamaan
dengan attunement USHUI Reiki 1-2-3.
(KUNDALINI REIKI 2)
Saluran Reiki telah diperkuatkan.Mula terjadinya pembangkitan kundalini dimana penaikan 'Api' Kundalini minima ke Cakra pusar(Solar Plexus).Bersedia untuk pembangkitan penuh Kundalini dalam Kundalini Reiki 3.Anda juga akan diajar meditasi
khusus untuk menaikan 'api'/energi Kundalini dengan cepat disamping dapat membersihkan kesemua cakra /sistem energi(Minima 2 Hari Selepas attunement Kundalini
Reiki 1).
(KUNDALINI REIKI 3[KUNDALINI REIKI MASTER])
Attunement sebelumnya telah diperkuatkan dan tenggorok,pusar,seks dan akar telah dibuka.Mula berlaku pembangkitan penuh kundalini hingga ke cakra Mahkota.Anda akan diajar cara memberi penyelarasan kepada batu kristal agar mampu bertindak sebagai
saluran Reiki.Beberapa attunement tambahan akan diberikan iaitu:-
1)Balance Reiki .
2)Diamond Reiki.
3)Crystalline Reiki.
4)DNA Reiki.
5)Birth Trauma Reiki.
6)Location Reiki.
7)Past Life Reiki.
8)Anda akan diajar cara/kaedah untuk memberi attunement Kundalini Reiki 1-2-3 Kepada
Orang lain(Minima 10 Hari selepas attunement Kundalini Reiki 2).
MASA BAGI SETIAP SESI ATTUNEMENT 25 MINIT.
(PENJELASAN TEKNIK KUNDALINI REIKI 1)
(HEALING/PENYEMBUHAN)
Setelah anda menerima pengaktifan Kundalini Reiki 1,maka serta-merta anda telah mampu
melakukan proses penyembuhan diri maupun orang lain dari jarak dekat maupun jauh.
Melalui pengosongan minda dan niat Kundalini Reiki maka energi penyembuhan itu akan
mengalir,dan anda biarkan ia terus mengalir,tanpa perlu lagi menumpukan perhatian,
kerana ia akan berfungsi dengan sedirinya,hanya anda atau pesakit perlu bertenang
dan alami energi itu.selepas 3 atau 5 minit akan dirasakan energi itu berhenti dan
anda biasanya akan merasai sedikit keletihan.Ini bermakna penyembuhan telah sempurna.
Walau bagaimana pun energi penyembuhan ini tetap akan terus wujud di dalam tubuh
pesakit ertinya proses penyembuhan akan terus berjalan tanpa sempadan masa,lokasi,dan
situasi.Kerana itu juga energi ini dikenali sebagai energi pintar anda cuma perlu
programkan dan ia akan berfungsi dimana penyakit yang tersembunyi akan muncul keluar
dan sasaran keberadaannya dicari dengan pasti.Dengan cara ini pesakit akan sentiasa
menerima penyembuhan tepat yang diperlukan tanpa mengambil kira samada penyakitnya
itu berat atau ringan.Ingatlah yang energi itu akan sentiasa mengalir kemana ia di
perlukan.
Ini adalah perumpamaan/contoh untuk membantu anda untuk lebih memahaminya:
Sekiranya anda mencurahkan sebekas air(sifatkan air ini sebagai energi)ke atas sebatang jalan yang di penuhi dengan lubang-lubang dibawahnya.Apa yang akan berlaku?
Air yang berkumpul didalam lubang dibawah jalan tadi.Anda tidak perlu mengisi setiap
lubang satu persatu untuk memenuhinya.Air tadi akan mengalir kesitu dengan sendirinya.inilah caranya pengaliran energi.Mulakan pengaliran dan ia akan berkumpul
di mana ia diperlukan.
(CONTOH KAEDAH MUDAH MEMBERI RAWATAN KEPADA ORANG LAIN)
1)Letakkan telapak tangan anda di tempat yang sakit atau dibahu pesakit.
2)Kosongkan Minda anda dan niat "Reiki Mengalir..." (Selepas attunement Kundalini
Reiki,anda boleh niatkan"Kundalini Reiki").Biarkan energi mengalir tanpa perlu konsentrasi atau memerhatikan aliran energi tersebut.
3)Setelah 3 hingga 5 Minit anda akan merasakan aliran energi/Tenaga mulai berhenti
atau anda mungkin merasakan sedikit keletihan.Ini bermakna proses penyembuhan telah
sempurna.
(CONTOH KAEDAH MUDAH MEMBERI RAWATAN SECARA JARAK JAUH)
1)Visualkan/bayangkan/tuliskan dengan jari-nama pesakit ditelepak tangan anda.
Kemudian pertemukan/tekupkan kedua belah telapak tangan anda diantara satu sama lain.Atau tulis pada kertas atau alirkan terus pada gambar pesakit.
2)Kosongkan minda anda dan niat "Reiki Mengalir..."(Selepas attunement Kundalini Reiki 2,Anda boleh niatkan "Kundalini Reiki" ).Biarkan energi mengalir tanpa perlu Konsentrasi atau memerhatikan pengaliran energi tersebut.Bertenang dan santai sambil menikmati aliran energi tersebut.
3)Setelah 3-5Minit anda akan merasakan aliran energi mulai berhenti atau anda mungkin merasakan sedikit keletihan.Ini bermakna proses penyembuhan telah selesai.
Walau bagaimana pun energi penyembuhan ini akan terus bekerja kepada pesakit.
Kaedah yang sama juga boleh diaplikasikan terhadap diri sendiri.Sebaik-sebaiknya proses penyembuhan perlulah dilakukan kepada diri sendiri pada setiap hari.
(HEALING THE CARMIC BAND[PENYEMBUHAN HUBUNGAN KARMA])
Biasanya terdapat suatu hubungan Karma antara seseorang yang kita sayangi dan yang
pernah kita sayangi.Hubungan ini kadangkala boleh melemahkan kita dan mempunyai pengaruh-pengaruh negatif kepada bahagian fizikal dan energi kita.Kerapkali hubungan-hubungan itu bertambah kuat apabila hubungan karma disembuhkan.Anda perlu mengunakan jenis penyembuhan sebegini diantara diri anda dan mereka yang anda sayango atau pernah anda sayangi.Untuk ini anda perlu mengunnakan teknik penyembuhan untuk memperbaiki perhubungan karma anda dengan seseorang atau untuk membantu individu yang lain.
Kaedah yang digunakan ialah kaedah penyembuhan jarak jauh.Sebagai contoh,Jika anda ingin memperbaiki hubungan diantara anda dengan Ibu anda.Tuliskan -"Hubungan Saya dengan Ibu Saya"dengan jari anda di telapak tangan,Tekupkan kedua telapak tangan anda dan alirkan energi seperti biasa.Jika anda ingin melakukan penyembuhan terhadap orang lain,sebagai contohnya-tuliskan"Hubungan Ahmad Dan Ibunya" dan alirkan energi.kebiasaannya cukup dialirkan sekitar 3-5Minit Sahaja.
(SITUATION[QUALITY HEALING-PENYEMBUHAN SITUASI-KUALITI])
Anda juga boleh menyembuhkan sesuatu situasi atau kualiti sesuatu peribadi/watak.
Seperti ketidak stabilan emosi.Contohnya perasaan cemburu yang kertelaluan,lemah
semangat,malas,kecewa,dan putus asa,gelisah,bimbang,risau tidak menentu,Ke Tidak
Yakinan diri,Kesedihan ,Kemarahan,dan sebagainya.Tuliskan/Niatkan -"Perasaan Marah
Saya" atau "Kesedihan Saya" atau "Sakit Perut Ahmad"Alirkan Energi seperti biasa.
Penyembuhan Juga boleh dilakukan kepada Binatang.
(PENJELASAN TEKNIK KUNDALINI REIKI 2)
(HEALING/PENYEMBUHAN)
Mulai daripada saat ini,apabila melakukan penyembuhan,anda patut niatkan"Kundalini
Reiki"Kerana ketika ini anda juga mengunakan "Api Kundalini"Sebagai energi penyembuhan.Kaedah rawatan sama seperti penjelasan teknik Kundalini Reiki 1.
(KUNDALINI REIKI MEDITATION/MEDITASI KUNDALINI REIKI)
Setelah diberikan attunement Kundalini Reiki 2,anda sudah boleh melakukan meditasi
khusus Kundalini Reiki bagi tujuaan membersihkan cakra-cakra dan saluran energi anda.
Ia juga mampu menaikkan api kundalini anda dengan cepat.
Berikut adalah kaedah untuk melakukan Meditasi Kundalini Reiki:
3)Duduk diatas kerusi atau duduk bersila dilantai sambil memejamkan mata(cara yang
sama seperti menerima attunement atau teknik meditasi yang lainnya.)
4)Niatkan "Kundalini Reiki Meditation".Maka berlakulah proses meditasi ini dan berakhir selepas 5 minit kemudiannya.Tenang dan santai serta nikmatilah proses ini.
Anda sepatutnya melakukan meditasi ini pada setiap hari atau mengikut kelapangan anda
(maksima 1 Kali sehari)bagi tujuaan pembersihan.Dengan ini anda juga akan menerima
energi yang bersesuaian dengan keperluan anda tanpa berlebihan.(Sama seperti dalam
proses penyembuhan).
(CLEANSING ROOM/HOUSE[PEMBERSIHAN UNSUR NEGATIF DALAM BILIK/RUMAH])
Kaedah Kundalini Reiki juga boleh dimanfaatkan untuk menutralkan unsur-unsur negatif
dalam kediaman dan ianya juga boleh dilakukan dari jarak jauh mahupun dekat.
CONTOH:
1.Jika ingin membersihkan energi negatif di rumah kawan anda yang si Ahmad.Contoh
seperti berikut-visualkan/tuliskan dengan jari-"Rumah Ahmad"ditelapak tangan anda.
Kemudian pertemukan/tekupkan kedua belah telapak tangan anda diantara satu sama lain.atau tulis pada kertas.
2.Kosongkan minda anda alirkan energi seperti cara biasa.Cukup sekadar 3-5 minit sahaja.(Niatkan:Reiki Mengalir..atau Kundalini reiki mengalir...)
3.Kaedah ini perlulah diulang setiap 14hari sekali.
Jangan Khuatir jika anda tidak dapat visualkan perkara yang dikehendaki itu dengan
Jelas dan tepat di telapak tangan kerana hanya berniat sahaja sebenarnya energi tersebut telah langsung menuju kepada perkara yang dimaksudkan.
(PENJELASAN TEKNIK KUNDALINI REIKI 3)
(ATTUNEMENT TAMBAHAN)
Inilah tahap terakhir dalam pengaktifan Kundalini Reiki dan dari tahap ini anda sudah
mencapai tahap master dan boleh mengajarkannya kepada orang lain.Dan anda akan memperolehi lagi beberapa penyelarasan tambahan:
(1.DIOMAND REIKI[Reiki Berlian])-Sebuah kristal etherik telah ditempatkan diatas Cakra Mahkota.Ianya suatu energi yang kuat dalam situasi penyembuhan.
Cara pengunaannya: Niatkan sahaja "Diamond Reiki"Anda dapat merasakan energi yang
lebih kuat daripada energi reiki biasa.Teknik ini boleh dikombanasikan dengan energi
Reiki yang lainnya.
2.CRYSTALLINE REIKI(Reiki Kristal)- Dikeseluruhan tubuh kita terdapat jumlah Kecil
yang tertentu ini adalah jalan keluar bagi trauma yang telah kita alami sepanjang
hidup.Setiap kali kita gagal untuk menyelesaikan sesuatu trauma.sebutir kristal akan
terbentuk.Trauma ini contohnya adalah seperti tangan yang patah,terseliuh,kesedihan dan sebagainya.Jika umpamanya seseorang itu terpatah tangan sebutir kristal terbentuk
untuk menjadi memori dan kesakitan dan perasaan dari trauma itu.melalui kaedah ini,
kristal tersebut boleh di cair dan di sembuhkan.
Di-Ijazahkan Tranfer Sedunia Online Secara Sejagatraya Oleh:
Y.M.M.MAHAGURU SYAIDINA MASTER SHEIKH PROF.DR. IMAM ALMAHDI(A.S.)AL-HAJ
KUALA LUMPUR BANDARAYA SIBER,MALAYSIA
( http://www.sheikhengku.blogspot.com )
( http://sufitendai62.blogspot.com )
Dan Dari Mahaguru Sejagatraya Kundalini Reiki Malaysia:
Y.A.B.MAHAGURU MASTER PROF.DR. MOHAMMAD HISHAM YAHYA
KUALA LUMPUR BANDARAYA SIBER,MALAYSIA
( http://www.reiki-malaysia.com )
Kundalini Reiki Manual
Kundalini Reiki Manual
Reiki 1 Manual
Reiki 1 Manual
Reiki 2 Manual
Reiki 2 Manual
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment