DIVIDER LAMAN WEB ILMU ILMU ALLAH

FORCE OF ALLAH LIGHT SABER

Selamat Datang

jedi logo Pictures, Images and Photos

Alam Sejagatraya Kerajaan Kita

animated universe

**Masjid Jamkaran Yang Mulia~Qum~Iran**

**Masjid Jamkaran Yang Mulia~Qum~Iran**
**Masjid Syaidina Imam AlMahdi(A.S.)**

**Marilah Solat 5 Waktu Dengan Tetap~Semoga Bahagia Dunia Dan Akhirat**

Nasyid Sami Yusuf-Ya Mustafa


Free Music Downloads

**Anak Kapal Angkasa Raya Sejagatraya DiRaja**

Star Wars Spinning X-Wing Pictures, Images and Photos

*Memperbanyakkan Selawat Ke Atas Nabi S.A.W. Supaya Majlis Ilmu DiBerkati*

*Memperbanyakkan Selawat Ke Atas Nabi S.A.W. Supaya Majlis Ilmu DiBerkati*
*(Doa Terang Hati Pelajar-Pelajar Sufi Tendai Knights)*

Al-Islam Kerajaan Kita Sign

KERAJAAN-KITA ISLAMIC LED TICKER

** Pusat Pengkalan Perpustakaan Khazanah Ilmu-Ilmu Allah **

Spinning Starfleet Logo Pictures, Images and Photos **Untuk Mencapai Kesempurnaan Iman,Ilmu Ilham,Amalan Yang Istiqamah,Ketinggian Dan Kemurniaan Akhlak,Keamanan Alam Insan Sejagat,Ukhuwah,Pembelaan Agama Dan Dunia**

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Mahaguru Maharaja Sejagatraya Sufi Tendai Islam

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Mahaguru Maharaja Sejagatraya Sufi Tendai Islam
** SALAM~SAYANG ** SALAM ~CERIA ** SALAM~RAUDHAH **

Air Terjun Kerajaan Kita

animated waterfall Pictures, Images and Photos

PEJABAT DIRAJA PERTUBUHAN BERSATU SUFI TENDAI GERAK CAHAYA KNIGHTS

PEJABAT DIRAJA PERTUBUHAN BERSATU SUFI TENDAI GERAK CAHAYA KNIGHTS
E-mail: sheikh.engku@gmail.com (Dekan Universiti Ilmu Allah)

AKADEMI KELUARGA KEAMANAN SUFI TENDAI SINGA KNIGHTS

AKADEMI KELUARGA KEAMANAN SUFI TENDAI SINGA KNIGHTS
*Aqidah-Akhlak-Ilmu Seni Bela Diri Islam-Penyembuhan-Konsultasi-Pengembaraan Ghaib-Deteksi-Ilmu Ilmu Allah*

**Kapal Induk Angkasa Lepas-Lebih Cepat Dari Cahaya**

Star Trek The Next Generation Starship Enterprise 01 Warp Warping Drive Captain Picard Riker Troi Worf Icon Icons Emoticon Emoticons Animated Animation Animations Gif

Wira-Wira DiRaja Kemuliaan Ketenteraman Sejagatraya Sufi Tendai Khalifah Kuasa Khalik A.W.J.

Wira-Wira DiRaja Kemuliaan Ketenteraman Sejagatraya Sufi Tendai Khalifah Kuasa Khalik A.W.J.
Pengamal Ilmu Allah Dan Ilmu Tenaga Dalam Islam

Semarak Kesyukuran Keamanan Alam Nyata Allah S.W.T.

Semarak Kesyukuran Keamanan Alam Nyata Allah S.W.T.
Tentera~Tentera Cahaya Nur Allah S.W.T.

*KERAJAAN KITA ISLAMIC FORCE LED FLICKER V.1


I made this widget at MyFlashFetish.com.

KONSUL PERSEKUTUAN UKHWAH KOMUNITI AL-ISLAM SUFI TENDAI SEMANGAT SINGA

**Semoga Allah MeRahmati Para-Para Ahli Dewan Rasmi Guru-Guru Serta Pensyarah Dan Para Ahli-Ahli Murid Mahaguru Islam Imam AlMahdi(A.S.)**

No.1 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars:Royal Rogue Squadron

No.2 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars:The Kessel Run

No.2 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars:The Kessel Run
Click Our Private Sufi Jedi Holodeck Training Game Image

No.3 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars:Sufi Tendai LightSaber Training

No.3 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars:Sufi Tendai LightSaber Training
Click Our Private Sufi JediHolodeck Training Game Image

No.4 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars: Sufi Tendai Knights Battle-Blades Of Light

No.4 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars: Sufi Tendai Knights Battle-Blades Of Light
Click Our Private Sufi Jedi Holodeck Training Game Image

BERJIHAD BERSAMA MAHARAJA ISLAM BERTENTANG DENGAN BALA TENTERA IBLIS

star wars Pictures, Images and Photos

Thursday, December 31, 2009

Thursday, December 24, 2009

FEKAH-BERSUCI



(DEFINISI BERSUCI)

Bersuci ialah menghilangkan hadas dan najis dari badan,pakaian serta tempat supaya
dapat menunaikan ibadah khususnya ibadat solat.Bersuci juga merupakan sesuatu yang wajib didalam ajaran islam,kerana tanpa bersuci,ibadah tidak akan diterima.Diantara
cara bersuci ialah berwuduk,mandi dan membersihkan najis dari badan dan pakaian.

(JENIS-JENIS BERSUCI)

Bersuci ada beberapa jenis:

1.Mensucikan badan dari hadas kecil.

2.Mensucikan badan dari hadas besar.

3.Istinjak.

4.Mensucikan pakaian,jubah dan masjid.

(ISTINJAK)

Yang dimaksudkan dengan istinjak iaitu bersuci selepas keluarnya kotoran daripada 2
jalan iaitu kencing atau najis tahi dengan sesuatu yang bersih seperti air,kertas,
batu dan sebagainya sehingga najis itu bersih.

(RUKUN ISTINJAK)

1.Orang yang beristinjak itu seorang islam.

2.Alat untuk istinjak adalah batu,air,kertas,daun atau benda-benda keras yang suci.

3.Tempat yang diistinjak itu adalah kubul dan dubur.

(FARDHU ISTINJAK)

Istinjak itu mestilah menghilang najis,baunya dan rasanya.

(CARA MENGERJAKAN ISTINJAK)

1.Istinjak itu dilakukan sebanyak 3kali,kalau ternyata masih belum suci,
boleh diulang lagi sehingga suci.

2.Alat Istinjak itu mestilah melingkupi tempat yang disapu itu.

3.Beristinjak itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar.

(NIAT BERISTINJAK)

NIAT:"SAHAJA AKU BERISTINJAK ZAHIR & BATIN KERANA ALLAH".

(SUNAT-SUNAT BERISTINJAK)

1.Disunatkan beristinjak dengan bilangan ganjil sama ada 3kali,5kali,7kali
dan seterusnya.

2.Disunatkan juga supaya mengunakan tangan kiri.

(BERISTINJAK DENGAN AIR)

Beristinjak dengan air atau batu,daun,dan dengan benda keras lainnya hendaklah
dibersihkan sehingga hilang bau,rasa,warna dan zatnya.Sesudah selesai mengerjakan
istinjak maka disunatkan membaca:

"YA ALLAH,BERSIHKANLAH HATIKU DARI SIFAT MUNAFIK DAN PELIHARALAH KEMALUANKU
DARI KEKOTORAN".

(ADAB BUANG AIR)

1.Beradab memakai Selipar sebelum dan selepas masuk tandas,untuk elak kaki dari
terkena najis.

2.Disunatkan ketika masuk tandas mendahulukan kaki kiri sambil membaca:

"BISMILLAHIRAHMANIRAHIM-ALLAHUMMA IN-NI A'UZU BIKA MINAL HUBUSI WAL HAUBA IIS".
(ERTINYA):

"DENGAN NAMA ALLAH,AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA SEBARANG KEKOTORAN DAN
SEGALA YANG KOTOR".

3.Disunatkan ketika keluar tandas dengan cara mendahulukan kaki yang kanan sambil
membaca:

"GHAFARA-NAKAL-HAMDULILLAHILAZI-AZHABA-ANNIL-AZYA-WAA'FANI".
(ERTINYA):

"MOHON KEAMPUNAN-MU YA ALLAH,SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG MENGHILANGKAN DARIKU
SEBARANG PENYAKIT DAN MENYIHATKANKU."

4.Jangan menghadap atau membelakang kiblat,kecuali di dalam bilik seperti bilik
mandi,jamban dan sebagainya.

5.Jangan buang air di dalam lubang-lubang tanah,tepi longkang,tempat lalu lalang
orang awam dan tempat perteduhan awam.

6.Jangan bercakap-cakap ketika buang air.

7.Mencangkung atau duduk hendaklah diberatkan di sebelah kiri.

8.Disunatkan beristibrak(bersuara sedikit seperti berdehem)bagi yang membuang air
kecil supaya air kencing dapat keluar semuanya.

9.Basuhkan kedua belah kaki bersama selipar sebelum keluar tandas dengan air yang
suci(Elak terkena najis).

(JENIS-JENIS AIR)

1.Air yang suci lagi menyucikan(Air Mutlak).Air ini boleh diminum,berwuduk dan
mandi.Boleh juga digunakan untuk membasuh,seperti air sungai,air hujan,air laut,
dan sebagainya.

2.Air yang suci tetapi tidak menyucikan.termasuk didalamnya air kopi,air teh,iaitu
air yang telah berubah salah satu sifatnya.

3.Air yang bernajis,iaitu air yang sudah berubah sifat-sifatnya kerana bercampur
dengan najis.

4.Air Makruh,Iaitu air yang terjemur pada matahari dalam bekas selain bekas daripada
emas dan perak.

(BENDA-BENDA NAJIS)

1.Bangkai binatang darat yang berdarah selain dari mayat manusia.Adapun bangkai
binatang laut seperti ikan dan bangkai binatang darat yang tidak berdarah ketika
masih hidupnya seperti belalang adalah suci.

2.Tahi.

3.Air kencing.

4.Darah.

5.Nanah.

6.Muntah.

7.Mazi(Iaitu air putih yang keluar ketika syahwat sedang naik).

8.Wadi(Air putih yang keluar dari kemaluan sesudah buang air kecil atau ketika
membawa beban berat).

9.Arak.

10.Anjing dan babi.

(CARA MENYUCIKAN BENDA-BENDA YANG TERKENA NAJIS)

1.NAJIS MUGHALLAZAH(najis berat),iaitu anjing dan babi(Swine).Cara menyuci benda
yang kena najis ini hendaklah dibasuh 7 kali,1 kali diantaranya airnya dicampur
dengan tanah.

2.NAJIS MUKHAFFAFAH(najis ringan),iaitu kencing bayi lelaki yang berumur 2 tahun
kebawah yang dibesarkan hanya dengan meminum air susu ibunya sahaja.Cara menyuci
najis ini ialah dengan merenjis air ditempat terkena najis tersebut.

3.NAJIS MUTAWASSITAH(najis pertengahan),iaitu najis-najis yang lain dari yang disebutkan diatas,najis ini terbahagi kepada 2 bahagian:

A.NAJIS HUKMIAH.Iaitu sesuatu yang najis dari segi hukumnya saja.Sedangkan dari
segi penglihatannya sudah tidak kelihatan lagi.Seperti air kencing yang sudah kering,tetapi baunya masih ada.

B.NAJIS AINAH.Iaitu najis yang masih ada zatnya,warnanya,rasanya dan baunya.

Cara menyuci kedua najis diatas ini ialah dengan cara menghilangkan zatnya,rasanya,
warnanya dan baunya.

TAUHID-FAEDAH ILMU TAUHID



Adapun faedah mempelajari ilmu tauhid itu di antaranya:

1.Supaya keyakinan manusia itu menjadi bersih dan suci.

2.Supaya manusia terhindar dari keyakinan yang keliru dan tersesat,terhindar dari segala macam tahyul dan khurafat yang mengotori jiwa.

3.Dengan memahami ilmu tauhid,manusia akan menjadi sihat akidahnya,sihat angan-angan dan fikirannya,yang akhirnya akan memiliki iman yang kuat dan subur.

4.Dengan mempelajari ilmu tauhid,manusia akan mengetahui sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah S.W.T.,Begitu juga sifat wajib,mustahil dan harus bagi Rasulnya.

Saturday, December 5, 2009

TUJUAN MEMPELAJARI ILMU TAUHID



Adapun tujuan dari mempelajari ilmu tauhid itu ialah untuk mengenal Allah S.W.T.
dengan segala sifat -sifatnya,serta untuk mengenal para rasulnya dengan segala
ajarannya,berdasarkan dalil-dalil yang jelas dari Al-Quran dan Al-Hadis.Begitu juga
untuk mengetahui perkara-perkara yang wajib,mustahil dan harus bagi Allah S.W.T.dan
mengetahui perkara-perkara yang wajib,mustahil dan harus bagi Rasulnya,dengan
demikian diharapkan agar manusia memperolehi kebahagiaan dalam hidup baik di dunia
maupun diakhirat.
kara
Disamping itu ilmu Tauhid sangat banyak faedahnya kepada manusia,kerana bagi orang
yang mempunyai akidah yang kukuh akan membuahkan perkara-perkara yang bermanfaat,
diantaranya sebagai berikut:

1.Menghilangkan rasa rendah diri dan rasa takut.

2.Menimbulkan rasa keberanian serta ketabahan hati dalam menghadapi perjuangan
hidup.

3.Tidak Mudah putus asa,tidak lekas kecewa,tidak malu kerana miskin dan tidak
Sombong apabila kaya.
(IMAM ALMAHDI)

(1)AKIDAH TAUHID(TAUHID)




Kembali kepada Tauhid (1 of 2)


Kembali kepada Tauhid (2 of 2)

(PENGERTIAN ILMU TAUHID)

Kata-kata Tauhid berasal dari bahasa Arab"Wahhada-YuWahhidu-Tauhid",ertinya
"mengesakan".Jadi bertauhid ertinya mengesakan Allah S.W.T.sebagai pencipta Alam
Semesta,yang tidak ada sekutu baginya dengan keyakinan sepenuhnya,bahawa tidak ada
suatu kekuasaanpun yang dapat menandinginya.

Jadi Ilmu Tauhid ialah ilmu yang membicarakan soal-soal akidah iaitu segala keyakinan
dan kepercayaan dalam agama islam dengan dalil-dalil(bukti)yang dapat menyakinkan.
Adapun sebabnya ilmu ini dinamakan dengan ilmu tauhid,kerana soal terpenting dalam
ilmu ini ialah membicarakan tentang adanya Allah S.W.T. Yang Maha Esa dengan segala sifat-sifatnya.

(AKIDAH TAUHID DARI NABI ADAM A.S. HINGGA NABI MUHAMMAD S.A.W.)
Nabi Adam A.S.adalah manusia pertama dan sebagai nenek moyang manusia.Setelah ia
dikurniai oleh Allah S.W.T. anak dan cucu yang sangat ramai,maka Allah menugaskan
ia sebagai Rasul kepada sekelian anak cucunya itu.Adam mengajarkan kepada anak cucu
-nya akidah tauhid,mereka semuanya taat dan tunduk kepada ajaran tersebut,iaitu
mengesakan Allah S.W.T.
Setelah Adam Wafat,maka Allah S.W.T. mengutuskan lagi Nabi dan Rasul secara silih
berganti untuk membimbing manusia pada zamannya yang jumlah semakin hari semakin
ramai.Di samping itu kerana telah merupakan tabiat manusia yang kadang kala
cenderung kepada penyimpangan,maka Allah S.W.T.dengan Sifat Rahman Dan RahimNya,
Tidak henti-hentinya mengutus para Rasulnya untuk tetap membawa manusia supaya
nerpegang kepada Akidah Tauhid,sampai kepada Rasul terakhir iaitu Muhammad S.A.W.
Jadi Dapatlah disimpulkan disini,bahawa akidah yang dibawa oleh para Rasul Allah
itu.dari semenjak zaman Nabi Adam A.S.hingga Nabi Mukammad S.A.W.,adalah akidah yang
sentiasa mengesakan Allah S.W.T. atau disebut dengan akidah tauhid.

(KEDUDUKAN ILMU TAUHID DALAM AKIDAH ISLAM)
Tauhid adalah merupakan dasar utama dan pertama dari akidah islam,sehingga ada para
ahli tafsir yang berpendapat,bahawa sepertiga isi Al-Quran adalah untuk menanamkan
iman kepada Allah S.W.T. atau tauhid ini.Ayat-ayat yang sangat banyak menghuraikan
tentang tauhid adalah ayat-ayat Al-quran yang turun di Mekah,yang juga disebut dengan
surah-surah Makkiyah.Sedang surah-surah yang diturunkan di Madinah,lebih banyak
berkenaan dengan ibadah dan perkara dengan kemasyarakatan dan berbagai ajaran islam
lainnya.Di Samping itu pula ,Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat penting dan sangat
utama dalam islam.Sebab ilmu ini membincangkan soal zat Allah S.W.T. dan menyingkap
pula diri peribadi Rasulnya yang sangat suci zahir dan Batinnya itu.

(HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAUHID)
Mempelajari Ilmu Tauhid ini hukumnya adalah fardhu a'in atas tiap Mukallaf lelaki dan
Perempuan,dalam mengetahuinya secara ijmali yakni mengenai garis besarnya sahaja dengan singkat.Sedangkan yang lebih sempurna lagi hukumnya adalah fardhu kifayah,Iaitu mengetahui Ilmu Tauhid dengan dalil Tafsili(Bukti)secara terperinci
dan perincian-perincian dengan panjang lebar.Jadi mempelajari Ilmu Tauhid dengan
dalil tafsili ini hukumnya fardhu Kifayah.

(PEMBAHAGIAN TAUHID)
Jika dilihat dari segi isinya,maka Tauhid itu terbahagi kepada 3 Bahagian:

(1.TAUHID 'UBUDIYYAH)
Yang dimaksud dengan Tauhid 'Ubudiyah ialah bahawa Allah Sahaja yang berhak untuk di
sembah oleh hamba-hambanya.Kepada Allah Sahaja segala doa dan permintaan dipohonkan.
Sedangkan Makhluk selain daripada Allah tidak berhak untuk disembah dan tidak pula
berhak untuk menerima permohonan dari semua Makhluk.Sikap Mengesakan Allah S.W.T.
seperti yang demikian ini disebut dengan Tauhid 'Ubudiyah.

(2.TAUHID ULUHIYYAH)
Yang dimaksud dengan Tauhid Uluhiyyah ialah pendirian yang meyakini bahawa Allah Itu
Esa(Tunggal).Keesan Allah itu dari sesuatu apapun.Dalam Istilah Ilmu Tauhid,keyakinan
yang demikian itu dinamakan dengan Tauhid Uluhiyyah.

(3.TAUHID RUBUBIYYAH)
Yang dimaksud dengan Tauhid Rububiyyah iaitu keyakinan atau pandangan bahawa hanya
Allah sahajalah yang mempunyai kesanggupan mutlak untuk menciptakan segala sesuatu
yang dikehendaki nya dengan tidak mermelukan bantuan dari pihak-pihak lain.Tauhid atau akidah seperti ini dalam ilmu Tauhid dikenali dengan tauhid Rububiyyah.Justeru
itulah maka Allah S.W.T.Sentiasa disebut dengan "Rabbul 'Alamin".
(IMAM ALMAHDI)

FASAL 1-RUKUN-RUKUN KEIMANAN ATAU ARKANUL IMAN(TAUHID)



Rukun-rukun keimanan itu ada 6 hal,Iaitu:

1.Percaya kepada Allah Ta'ala.

2.Percaya kepada Para Malaikat Allah Ta'ala.

3.Percaya kepada Kitab-kitab Alllah Ta'ala.

4.Percaya kepada Para Rasul-rasul Allah Ta'ala.

5.Percaya kepada Hari Akhir Atau Hari Kiamat.

6.Percaya kepada Qadha'dan Qadar Allah Ta'ala.
(Nasib Untung Atau Rugi Seseorang HambaAllah)

(IMAM ALMAHDI)

Friday, December 4, 2009

KELEBIHAN AHLI-AHLI ZIKIR(TASAUF)




(40 MANFAAT BERTASAUF DIDUNIA DAN DIAKHIRAT)
Menurut Imam Ghazali ada 40 tingkat tujuan atau manfaat dari orang yang bertasauf itu,20 di dunia dan 20 di akhirat.20 Tingkat didunia itu ialah:


1.Manusia itu akan selalu ingat dan menyebut nama Tuhannya.

2.Selalu bersyukur dan membesarkan Tuhannya.

3.Selalu mencintai Tuhannya dan dicintai oleh sesama manusia.

4.Selalu menjadikan Tuhan sebagai wakilnya dalam segala pekerjaan.

5.Memperolehi ketenteraman dalam rezaki kerana di jamin oleh Tuhannya.

6.Memperolehi pertolongan daripada Tuhannya terhadap gangguan seteru atau musuhnya.

7.Hatinya menjadi tenteram dalam segala perkara,begitu juga keadaannya tidak cemas
dan takut.

8.Memperoleh kemuliaan didunia dan tidak mengharapkan dimuliakan oleh manusia.

9.Sentiasa terpelihara daripada kecemaran.

10.Mulia dan lapang Hati.

11.Memperoleh petunjuk secara terang-benderang sehingga mudah baginya untuk mendapatkan Ilmu pengetahuan dan hikmah.

12.Jauh dari kesusahan Dunia.

13.Kehebatannya sehingga membuatkan orang lain kagum kepadanya.

14.Dicintai oleh sesama Manusia dan Tuhannya.

15.Memperolehi keberkatan baik perkataannya,peribadinya,pakaian dan tempat tinggalnya.

16.Memperolehi Makrifat dibumi dan dilaut.

17.Menghilangkan ketakutan terhadap binatang buas.

18.Memperoleh kekuasaan,seolah-olah memegang kunci perbendaharaan bumi yang luas ini.

19.Dapat Menyampaikan segala hajat makhluk Tuhan yang lain dengan kemegahan kepada Tuhan.

20.Sangat mudah dikabulkan doanya oleh Allah S.W.T.



Sedangkan yang 20 untuk Akhirat ialah:

1.Mudah dan tidak takut menghadapi mati.

2.Tetap hatinya kepada Makrifat dan Iman.

3.Dianugerahkan Allah kesenangan serta nikmat yang berlimpah ruah di dalam kubur
dan di Akhirat.

4.Kekal di dalam Syurga dan sentiasa berhampiran dengan Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah.

5.Jenazahnya di hormati oleh manusia dan malaikat.

6.Bebas dari pertanyaan Munkar dan Nakir di dalam kubur dan bebas dari kesusahan kubur.

7.Kubur menjadi Lapang dan Terang-Benderang.

8.Rohnya sentiasa dalam keadaan tenang,penuh dalam kesenangan dan kemuliaan.

9.Pada Waktu berkumpul di Padang Mahsyar memperoleh keistimewaan dan keagungan.

10.Berwajah putih dan bercahaya serta melihat kepada Tuhannya dengan senyuman dan kegembiraan.

11.Sentiasa berada dalam keadaan sejahtera dan terlepas dari kesusahan serta siksaan Hari Kiamat.

12.Dikurangi Hisab dan ada yang tidak di hisab sama sekali.

13.Menerima Kitab Amalan dengan tangan kanan pada Hari Kiamat.

14.Amal Kebajikannya memberatkan Timbangan.

15.Diberi kesempatan minum dalam HAUDH,Iaitu Telaga Minuman Para-para Nabi.

16.Terlepas dengan Selamat di atas "TITIAN SIRATUL MUSTAQIM".

17.Memperoleh Syafaat Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.

18.Memperoleh kedudukan yang Abadi di dalam Syurga.

19.Memperoleh KeRedhaan Allah yang tidak terhingga besarnya.

20.Berjumpa Dengan Allah Seru Sekelian Alam,yang Awal tidak berpangkal dan Akhir Tidak berkesudahan,Tidak berupa dan berbentuk,Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat,Memperhatikan hamba-hambanya.
(IMAM ALMAHDI)

Thursday, December 3, 2009

TINGKATAN TAQARROB(TASAUF)



Menurut ajaran Tasauf ada 3 tingkatan orang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah,
3 tingkatan tersebut ialah:

(A.MURID)

Murid ialah orang yang mencari pengetahuan dan bimbingan dalam melaksanakan amal ibadatnya,dengan memusatkan segala perhatian dan usahanya ke arah itu.melepas segala
kemahuannya dengan menggantungkan diri dan nasibnya kepada kehendak Allah.

Murid dalam Dunia Tasauf ada 3 Bahagian:

(1.MUBTADI)

Iaitu mereka yang baru mempelajari syariat.Jiwanya masih terikat pada kehidupan
duniawi,Tingkat permulaan ini berlatih melakukan amal-amal zahir secara tetep dengan
Cara dan dalam waktu tertentu.

(2.MUTAWASSIT)

Adalah tingkat menengah,iaitu orang yang sudah dapat melalui tingkat permulaan dan
telah mempunyai pengetahuan yang cukup tentang syariat.Tingkat ini sudah memasuki
pengetahuan dan amalan yang bersifat batiniah.Taraf ini adalah taraf belajar dan
belatih mensucikan batin agar mencapai akhlak yang Mulia.

(3.MUNTAHI)

Adalah tingkat atas,iaitu yang telah mendalam Ilmu syariat,sudah menjalani Tariqat
dam mendalami Ilmu batiniah.Sudah bebas dari perbuatan Maksiat sehingga jiwanya bersih.Orang yang sudah sampai ke tingkat ini di sebut orang Arif,iaitu orang yang
sudah diperkenankan mendalami ilmu hakikat.sesudah itu iapun bebas dari bimbingan
guru dan berjalan sendiri.

(B.SHEIKH)

Sheikh ialah seorang pimpinan kumpulan kerohanian,mengawasi murid-murid dalam segala
kehidupannya dan sebagai penunjuk jalan.Sheikh ini disebut juga Mursyid,iaitu orang
yang sudah melalui tingkat Khalifah.Ia adalah seorang yang mempunyai tingkat
kerohanian yang tinggi,sempurna ilmu syariatnya,mendalam ilmu Hakikat dan ilmu
Marifatnya.

(C.WALI DAN KUTUB)

Iaitu Seorang yang sudah sampai ke puncak kesucian batin,memperolehi ilmu Laduni
yang tinggi sehingga tersingkap tabir rahsia yang ghaib.Orang seperti ini akan memperoleh kurnia dari Allah dan itulah yang di sebut Wali.

Wali adalah seseorang yang telah mencapai puncak kesempurnaan dan kecintaan Allah.
Kerana Pengabadiannya dan amalannya yang luar biasa sebagai kurniaan dari Allah.

Orang yang Mulia seperti itu menurut sufi adalah wakil-wakil Nabi,Penyambung perjuangan Nabi dan inilah pula yang dimaksud dengan Qutub.Mereka ini mempunyai
kedudukan yang hampir sama dengan Nabi dalam perkara kesucian Rohani,Kedalaman
ilmu dan ketaatannya kepada Allah.Qutub memperolehi ilmu melalui Ilham,sedangkan
Nabi melalui Wahyu(Ilmu Ilham Tertinggi dari Para Waliyullah).
(IMAM ALMAHDI)

Dato' Ustaz Ismail Kamus - 4 Golongan Manusia (part 1-6)


Dato' Ustaz Ismail Kamus - 4 Golongan Manusia (part 1)



Dato' Ustaz Ismail Kamus - 4 Golongan Manusia (part 2)



Dato' Ustaz Ismail Kamus - 4 Golongan Manusia (part 3)



Dato' Ustaz Ismail Kamus - 4 Golongan Manusia (part 4)



Dato' Ustaz Ismail Kamus - 4 Golongan Manusia (part 5)



Dato' Ustaz Ismail Kamus - 4 Golongan Manusia (part 6)

APLIKASI SUFI TENDAI-MENGHILANGKAN KEKUATAN NEGATIF PADA BENDA/RUMAH ATAU ORANG




1. SIKAP : TENANG TATAP BENDA TERSEBUT.

2.KONSENTRASI DIRI.

3.DETEKSI POWER BENDA/RUMAH/ORANG TERSEBUT.

4.BANDINGKAN DENGAN POWER YANG KITA MILIKI.

5.BILA POWER BENDA LEBIH RENDAH YAKINKAN APAKAH KITA MAMPU DENGAN PROGRAM
"YA & TIDAK".

6.BILA"YA"!LAKUKAN PEMBERSIHAN DENGAN IZIN ALLAH.

7.BACA TA'AWUDZ"AUZUBILLAHIMINAYHAITANIRAJIM"7X.

8.BACA AYATUL KURSI 7X.

9.GERAK SENAM SUFI TENDAI:3-15MINIT(MACAM BIASA).

10.BERSERTA ZIKIR SIRR.

11.SAPU MUKA & BERSYUKUR KEPADA ALLAH.

12.PROGRAM SELESAI.
(IMAM ALMAHDI)

Kembali kepada Islam (1 Sampai 3)







TENAGA DALAM ILAHI-TRUE INNERSELF

Tenaga Dalam Ilahi - Mangkuk berdengung

Tenaga Dalam Ilahi ( TENDAI)- Teknik Merakam Hantu

Thursday, November 19, 2009

Petanda Akhir Zaman dan Kedatangan Imam Mahdi

Feeding of Infant

Feeding of Infant

FAKTA BESAR KEBENARAN AL QUR'AN

Tangan Ajaib!

ZAKAT & MENYERU IBUBAPA MENDEKATI CERAMAH AGAMA

Pesan Hari Ini

Pesan Hari Ini

Zakat

Zakat

GANJARAN KERANA MEMULIAKAN BULAN ZULHIJJAH


Kata Sebahagian Ulama',Barang sesiapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam

bulan Zulhijjah,nescaya ia akan di anugerahi Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:

1.Bertambah keberkatan pada umur dan usianya.

2.Bertambah kekayaan dan harta bendanya dengan tanpa disedari.

3.Kehidupan rumahtangga serta ahli keluarganya akan senntiasa terjamin dan
di pelihara oleh Allah.

4.Membersihkan diri dari dosa dan kesalahan yang lalu.

5.Segala Ibadah serta amal kebaikan dan kebajikannya akan di gandakan.

6.Allah akan memudahkannya pada saat menghadapi sakaratul Maut.

7.Allah akan menerangi kuburnya selama berada dialam barzakh.

8.Allah akan memberatkan segala timbangan amal kebajikannya semasa berada di
Padang Masyhar.

9.Selamat dari kejatuhan kedudukannya didunia,ia tidak akan dipandang rendah dan
hina oleh Masyarakat.

10.Martabatnya akan dinaikan pada sisi Allah.

KEISTIMEWAAN BULAN ZULHIJJAH


Salah Satu Cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah dengan berpuasa sunat

tanggal 1hb Zulhijjah hingga 9hb Zulhijjah.Keistimewaan berpuasa pada hari itu

berbeza-beza pula,Menurut sebuah hadis yang telah di riwayatkan oleh Ibnu Abbas(R.A.)

Rasulullah S.A.W. Bersabda maksudnya:

1.Tanggal 1hb Zulhijjah kesalahan Nabi Adam(A.S.)diampuni oleh Allah S.W.T.barang
siapa yang berpuasa pada hari itu nescaya akan di Ampuni Allah akan dosa-dosanya
selagi tidak melakukan dosa-dosa besar.

2.Tanggal 2hb Zulhijjah doa Nabi Yunus(A.S.)diperkenankan oleh Allah S.W.T.,Barang
siapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia telah berpuasa selama setahun genap serta
tidak pernah melakukan maksiat yang besar.

3.Tanggal 3hb Zulhijjah doa Nabi Zakaria(A.S.)diperkanankan oleh Allah S.W.T.,Barang
Siapa yang berpuasa pada hari itu akan diperkanankan oleh Allah segala doa dan
permintaannya.

4.Tanggal 4hb Zulhijjah Nabi Isa(A.S.)telah dilahirkan,Barang siapa yang berpuasa
pada hari itu terhindar ia dari kefakiran dan kemalaratan kehidupan didunia ini pada
hari Kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang yang terhormat.

5.Tanggal 5hb Zulhijjah Nabi Musa(A.S.)dilahirkan barang siapa yang berpuasa pada hari itu terlepaslah ia dari sifat munafik serta dari siksaan kubur.

6.Tanggal 6hb Zulhijjah Allah S.W.T. membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-Nabinya,
Barangsiapa yang berpuasa itu ia akan dipandang oleh Allah dengan pandangan Rahmat
dan Kasih Sayang serta terlepaslah ia dari azab dan siksaan.

7.Tanggal 7hb Zulhijjah pintu neraka jahanam akan dikunci dan dibuka semula lewat
10 Zulhijjah,Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu dikuncikan Allah baginya 30
pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8.Tanggal 8hb Zulhijjah Nabi Ibrahim(A.S.)Bermimpi mendapat perintah dari Allah S.W.T.supaya menyembelih puteranya Ismail(A.S.)Seharian beliau duduk termenung dan
berfikir adakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.Hari itu
dinamakan dengan 'Tarwiya'(Hari Berfikir)Barang siapa yang berpuasa pada hari itu
ia akan diberi oleh Allah Pahala yang tidak terhitung jumlahnya.

9.Tanggal 9hb Zulhijjah turun ayat yang terakhir kepada Rasulullah S.A.W. yang
tersebut dalam surah Al-Maaidah Ayat 3.Menurut sejarah 81 hari setelah ayat ini
diturunkan iaitu pada hari jumaat tanggal 9 zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi Wukuf
di di Arafah Baginda pun wafat.Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi
Ibrahim(A.S.)bahawa perintah menyembelih anaknya Ismail sememangnya adalah perintah
darinya bukan dari syaitan.Justeru hari itu din,amakan dengan hari 'Arafah' (hari
Tahu),Barang siapa yang berpuasa pada hari itu diampunkan Allah akan dosanya setahun
yang lalu dan setahun yang akan datang.

10.Tanggal 10hb Zulhijjah adalah hari Raya Aidul Adha(korban)dinamakan juga hari
Nahar(Menyembelih).Haram Berpuasa pada hari ini tetapi disunatkan melakukan korban,
barangsiapa yang menyembelih dengan seekor korban pada hari itu ,maka setiap titisan
darah yang mengalir dari leher haiwan tersebut Allah akan mengampunkan dosanya serta
dosa Ahli keluarganya.sesiapa yang bersedekah pula pada hari tersebut atau memberi
makan kepada fakir miskin,kelak ia akan di bangkitkan oleh Allah pada hari kiamat
dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal kebajikan lebih berat dari bukit
Uhud.

Sunday, October 18, 2009

SELAWAT MALAIKAT 4


(PENJAGA DIRI DAN PENAWAR PENYAKIT DAN UNTUK DUNIA & AKHIRAT)

("BISMILLAHIRAHMANIRAHIM")

("ALLAHUMMA SAULLI A'LA SAI-YI-DINA MOHD WA-A'LA ALIHI WA-SAUHBIHI
WASSALLAM"!.)

1.10X Selawat Kepada Jibrail A.S.-Memimpin Kita Di Titian Siratul Mustaqim.
('NIATKAN 10X SELAWAT UNTUK JIBRAIL KERANA ALLAH').

2.10X Selawat Kepada Mikhail A.S. Memimpin Kita Mengambil Air Telaga KalKautsar(Telaga Nabi
Mohd S.A.W.)
('NIATKAN 10X SELAWAT UNTUK MIKHAIL KERANA ALLAH').

3.10X Selawat Kepada Israfil A.S.Untuk Menyempurnakan Hajat Kita.
('NIATKAN 10X SELAWAT UNTUK ISRAFIL KERANA ALLAH').

4.10X Selawat Kepada Izrail A.S.Untuk Mencabutkan Nyawa Kita Seumpama Mana Para Nabi-
-Nabi & Para-Para Solihin.
('NIATKAN 10X SELAWAT UNTUK IZRAIL KERANA ALLAH').

5.10X Selawat Kepada Malaikat 4,Yang Menjaga Kita Di Padang Masyhar.
('NIATKAN 10X SELAWAT UNTUK MALAIKAT 4 KERANA ALLAH').

6.10X Selawat Kepada Diri Kita Sendiri.
(NIATKAN 10X SELAWAT UNTUK DIRI KITA SENDIRI KERANA ALLAH').

Selepas Itu Doa Apa-Apa Hajat Dunia & Akhirat...................................!.

(SYAIDINA SHEIKH IMAM MOHAMMAD ALMAHDI A.S.AL-HAJ)
(SHEIKH MOHAMMAD KASSIM AL-HAJ)(GOMBAK,SELANGOR.)

Sunday, October 4, 2009

Thursday, October 1, 2009

APLIKASI SUFI TENDAI-MENINGKATKAN KECERDASAN



(SIKAP):

Tenang
-----------------------------------------

*Sediakan Air Putih.

*Duduk Tenang & Santai.

*Konsenterasi Diri.

*Program(Niat):"Peningkatan Cerdasan Otak".

*Gerak Sufi Tendai:Maksima 10 Minit.(Seperti Biasa Gerak Olah Nafas Biomagnaktik).

*Zikir Sirr.

*Setelah Selesai Minum Air Putih.

*Program Selesai.

(SYAIDINA SHEIKH IMAM MOHD AL-MAHDI R.A.AL-HAJ)

Thursday, September 17, 2009

The Life of Imam Mahdi ( A.S )

The Life of Imam Mahdi ( A.S )

Male Baby Names with Meaning

Male Baby Names with Meaning

Inner Voice

Inner Voice

Female Baby Names with meaning

Female Baby Names with meaning

PORTENTS AND FEATURES OF THE MAHDI’S COMING

PORTENTS AND FEATURES OF THE MAHDI’S COMING

The Mahdi is a Descendent of the Prophet Abraham

The Mahdi is a Descendent of the Prophet Abraham

Yajuj and Majuj (Gog and Magog) The Disbelievers

Yajuj and Majuj (Gog and Magog) The Disbelievers

Monday, September 14, 2009

SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI 1 SYAWAL 1430H





KUCING-ALLAH & COMEL-ALLAH SERTA KELUARGA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA IDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN.SEMOGA DAPAT RAHMAT & BERKAT ALLAH S.W.T.!.

Wednesday, September 9, 2009

SUCI DARI MAKSIAT BATIN(ZIKIR LATIFATUL 7)



Para Ahli Sufi berpendapat bahawa 7 tempat yang membuatkan manusia itu melakukan
maksiat(dosa)batin.7tempat tersebut(Amal Zikir 7 latif tiap-tiap hari):

(1.LATIFATUL QALBI.)

Iaitu yang berhubungan dengan jantung jasmani,letaknya 2 jari di bawah susu kiri.
Disinilah letaknya sifat-sifat kemusyrikan,kekafiran dan ketahyulan serta sifat
-sifat Iblis lainnya.Adapun caranya untuk membersihkan sifat ini ialah dengan banyak
berzikir kepada Allah S.W.T.menurut sufi,Zikir yang harus di baca sebanyak 5,000kali
dengan cara menyebut "ALLAH".Pada Tingkat ini hati di isi dengan Iman,Islam,Ihsan,
Tauhid & Makrifat.

(NIAT ZIKIR:"SAHAJA AKU ZIKIR LATIFATUL QALBI,5,000X KERANA ALLAH")

(2.LATIFATUL ROH.)

Letaknya dua jari dibawah susu kanan,yang berhubungan dengan Qalbu jasmani.Disini
terletak sifat Bahimiyah(Sifat Binatang Jinak),Iaitu sifat-sifat yang suka menuruti
hawa nafsu,Untuk mensucikan sifat Latifatul Roh ini menurut para sufi adalah dengan
cara berzikir agak kuat membaca "ALLAH" Sebanyak 1,000 kali.

(NIAT ZIKIR:"SAHAJA AKU ZIKIR LATIFATUL ROH,1,000X KERANA ALLAH")

(3.LATIFATUL SIRRI.)

Letaknya dua jari di atas susu kiri.Di sinilah letaknya sifat"SABIYAH"(Bintang Buas),
iaitu sifat zalim atau aniaya,sepeti pemarah,pendendam dan sebagainya.
Untuk mensucikan sifat ini adalah dengan cara berzikir menyebut nama "ALLAH"sebanyak
1,000Kali dan di sifat ini pula ada sifat kebaikan,iaitu kasih sayang dan ramah tamah.

(NIAT ZIKIR:"SAHAJA AKU ZIKIR LATIFATUL SIRI 1,000x KERANA ALLAH")

(4.LATIFATUL KHAFI.)

Letaknya dua jari di atas susu kanan,dikenderai oleh limpa jasmani.Disini letaknya
sifat-sifat pendengki dan khianat.Sifat syaitaniah ini akan membawa kecelakaan dan
kebinasaan baik di dunia maupun di akhirat.
Untuk menghancurkan sifat-sifat syaitaniah ini,menurut sufi adalah dengan cara
membaca zikir"ALLAH"Sebanyak 1,000Kali,membaca zikir tersebut hendaklah mengunakkan
suara yang agak kuat dan di dalam sifat ini pula ada sifat kebaikan,iaitu sifat
syukur dan sabar.

(NIAT ZIKIR:"SAHAJA AKU ZIKIR LATIFATUL KHAFI 1,000X KERANA ALLAH")

(5.LATIFATUL AKHFA.)

Letaknya di tengah dada berhubungan dengan hempedu jasmani.Disinilah letaknya
sifat Rabbaniyah,Iaitu sifat-sifat Riya',takbur,sombong,&ujub(Membanggakan diri).
Untuk menghancurkan sifat ini hendaklah di baca zikir"ALLAH"sebanyak 1,000kali.
Didalam sifat ini juga ada kebaikan,iaitu ikhlas,khusyuk,& tafakkur.

(NIAT ZIKIR:"SAHAJA AKU ZIKIR LATIFATUL AKHFA 1,000X KERANA ALLAH")

(6.LATIFATUN NAFSUN NATIQA.)

Letaknya di antara 2 kening.Di sinilah letaknya nafsu amarah.Nafsu yang selalu
mendorong manusia kepada kejahatan.Sifat-sifat inilah yang menjadi penhalang besar
untuk menciptakan kebaikan dalam masyarakat.
Untuk menghancurkan sifat ini adalah dengan cara zikir "ALLAH" sebanyak 1,000kali.
Dalam sifat latifatu nafsun natiqa ini ada 2 sifat kejahatan,iaitu banyak menghayal
dan panjang angan-angan.Di dalamnya juga ada 2 sifat kebaikan iaitu sifat tenteram
dan fikiran tenang.

(NIAT ZIKIR:"SAHAJA AKU ZIKIR LATIFATUN-NAFSUN-NATIQA 1,000X KERANA ALLAH")

(7.LATIFAH KULLU JASAD.)

Iaitu sifat yang menguasai seluruh tubuh jasmani.Didalamnya terdapat sifat jahil
dan pelupa.Untuk menghancurkan sifat ini adalah dengan cara berzikir menyebut nama
"ALLAH" sebanyak 1,000kali.Didalam sifat ini pula ada sifat kebaikan,iaitu Ilmu &
Amal.

(NIAT ZIKIR:"SAHAJA AKU ZIKIR LATIFAH KULLU JASAD 1,000X KERANA ALLAH")

(DI IJAZAH ONLINE OLEH SYAIDINA SHEIKH IMAM MOHAMMAD ALMAHDI A.S.AL-HAJ)

Monday, September 7, 2009

MAKARANAH SEMBAHYANG-MARIFAT IMAM AL-MAHDI-TARIQAT NAKSHAHBANDI-PERINGKAT TINGGI

MAKARANAH SEMBAHYANG-MARIFAT IMAM AL-MAHDI-TARIQAT NAKSHAHBANDI-PERINGKAT TINGGI
Star Wars Darth Vader Lightsaber Duel Smiley Smilie Emoticon Animation Animated Animations Gif





(MAKARANAH SEMBAHYANG)
(PERINGKAT KHAS TINGGI)
(TARIQAT NAKSHAHBANDI-MARIFAT IMAM-ILMU BAKAL JADI WALIYULLAH/KEKASIH ALLAH)

(BISMILLAHIRAHMANIRAHIM)
(ALLSHUMA SAULLI A'LA MOHD WA A'LA ALI MOHD)
(SALAMUN QAULLAN MIRRABBIRAHIM)

(SALASILAH TARIQAT NAKSHAHBANDI)

1.ALLAH S.W.T.

2.HAZRAT JIBRIL A.S.(KETUA SEKELIAN PARA-PARA MALAIKAT).

3.NABI MOHAMMAD S.A.W.(RASULULLAH-PENGHULU SEKELIAN ALAM).

3.SYAIDINA IMAM MOHAMMAD AL-MAHDI A.S.(KUCINGALLAH-BAQIATULLAH-AL-HUJJAT).

4.SHEIKH BAHAUDDIN NAKSHAHBANDI.

5.SHEIKH MOHAMMAD KASSIM AL-HAJ(GOMBAK,SELANGOR)



(ANAK-ANAK MURID IMAM MAHDI,HENDAKLAH LIHAT WAJAH IMAM SEBAGAI TAWWASUL-BUKTI
UNTUK TERIMA IJAZAH MARIFAT IMAM-DAPAT KEBERKATAN ALLAH,INSYAALLAH!)

(SYARAT-SYARAT SEBAGAI AHLI SUFI)

*Orang Islam.
*Suci dari hadas kecil & Hadas Besar.
*Mandi Taubat.
*Taubat Nasuha(Taubat Yamg Sebenar).
*Tempat Solat Mesti Bersih dari Najis.
*Pakaian Ahli Sufi Yang Bersih.
*Lengkap dengan Pakaian Sembahyang(Serban,Songkok,Telekung untuk Wanita)
*Tasbih(Untuk Zikir)
*Tikar Sembahyang.


*Selepas mengambil air sembahyang,baca doa ini:

("ASHADU A'LA ILAHA IL-LLAH,WAHDAHU LA SHARIKALAH,WA ASHADU ANNA MOHAMMADAN ABDUHU

WA RASULUH.ALLAHUMMAJ A'L NI MINAL TAWABINI,WAJ 'AL NI MINAL MUTATAHIRIN,WAJ 'AL NI

MIN IBADIKAS SALIHIN.WAS-SALALLAHU A'LA SYAIDINA MOHAMMADIN WA ALIHI WASAUHBIHI

WASSALLAM.)

Selepas itu barulah diiktikad dalam hati sambil menyapu muka dengan dua belah tangan:

(......NAMA ANDA.....INILAH YANG BERSIFAT-SIFAT 'MOHAMMAD'!.)

Selepas itu ucapkan perbuatan untuk mendapat sambung tali perhubungan Guru Mursyid.

Guna jari tangan kanan no.3 bertemu ibu jari kanan dan letak di bawah batang hidung

sambil menyebut:(" Hai Sifatullah,Keluarlah engkau dari Bukit Thursina!")Serta jari

kanan di ukupkan terus ke atas liang hidung sambil tarik nafas dengan Zikir"HU!"

(Zikir Tidak Berbunyi)Dan lepaskan nafas perlahan-lahan untuk tarik jari ke bawah

hidung dan sampai ke jantung(Qalbu)dengan mengucapkan("ALLAH!ALLAH!")(SUARA TEKAN).

Selepas itu berzikir di dalam hati("ALLAH!ALLAH!")hingga ke tempat sembahyang.

*Apabila sampai ke tempat sembahyang barulah mengucap dalam hati:

("AKU BERDIRI DI DALAM RUMAH ALLAH!")

*Kemudian letak tikar sembahyang sambil mengucap:

("AKU BERDIRI ATAS HAMPARAN MASILA RASULULLAH!")

*Serta Pakai Songkok & Sebut:

("AKU MEMAKAI SANDUSI RASULULLAH"!)

*Serta Pakai Serban(Kalau ada)& Sebut:

("AKU MEMAKAI ISTIBRAK RASULULLAH"!)

*Wanita Solehah Memakai Telekung & Sebut:

("AKU MEMAKAI JUBAH RASULULLAH!")

*Pijak keatas tikar sembahyang dengan kaki kanan & sebut:

("ZATUL BAKTI!")

*Pijak keatas tikar sembahyang dengan kaki kiri & sebut:

("WALA MIZAN!")

*Sambil berdiri atas tikar sembahyang & sebut:

("AKU BERHADAP DENGAN ANTA RABBI!")



*Niat ini mestilah dengan perasaan sedih:

("YA ALLAH-YA RABBI-YA TUHANKU,HAMBA INI SEORANG DAGANG.")

("NAMA HAMBA.....(NAMA ANDA).....DI PANGGIL ORANG.")

("DOSA YANG BANYAK,AMAL HAMBA PUN KURANG,")

("YA TUHANKU,HAMBA MINTA AMPUN DOSA HAMBA,")

("DARI KELUAR DARI PERUT IBU,SAMPAI MATI.")

("HAMBA HARAP JANGAN DI HAMPAKAN PERMINTAAN HAMBA,")

("DAN HAMBA HARAP MINTA AMPUN DOSA IBUBAPA HAMBA,")

("YANG BERNAMA........(NAMA IBU ANDA)................")

("& .........(NAMA BAPA ANDA).........................")




Baca Doa Ini:

("BISMILLAHIRAHMANIRAHIM")

("ALLAHUMMA SAULLI A'LA MOHD,SAI DUL AMIN,YA RASULULLAH,NABI RAHMAH,TOLONGLAH

BUKAKAN HIJAB DINDING ALAM BASHARIAH.YA RASULULLAH,NABI SYAFAAT,TOLONG SYAFAATKAN

-YA ZAL JALALI WALILKRAM,YA NUR HAKKUL MUBIN 'JALILUL JAMMA'ALLAHUMMA SAULLI A'LA

NUR MOHD,SALALLAHU ALAIHI WASSALLAM,HABIBU NURALLAH,ALLAHUMMA SAULLI RUH MOHD,

SALALLAHU ALAIHI WASSALLAM 'MIN ROH','QUDDUS','WAR-ROH','QADIM'").

(Lepas itu iqamat dengan nyaring & perasaan sedih.)

(TOLONG JAGA BAIK-BAIK MAKARANAH SEMBAHYANG INI DAN JANGAN DI BERI SESIAPA JUA PUN
KERANA AMANAT DARI GURU.MELAINKAN MINTA IJAZAH BARULAH BOLEH DIBAWA MAKARANAH INI).

("HAI ORANG-ORANG BERIMAN,& YANG SENANG HATINYA DENGAN MENGINGATKAN "ALLAH!,ALLAH!",
KETAHUILAH BAHAWA DENGAN MENGINGATI ALLAH ITU SENANGLAH HATI(JIWA TENANG)MANUSIA.
DISINI DITERANGKAN IAITU SOLAT 5 WAKTU TIDAK BOLEH DI TINGGALKAN.")

(BISMILLAHIRAHMANIRAHIM)

*(SOAL):Mana awal agama dan mana yang di maksudkan agama?

*(JAWAB):Adapun awal agama itu sabda Nabi Mohd S.A.W.ialah 'Awalluddin Makrifat'
iaitu awal agama mengenal Allah.

*(SOAL):Mana asal mengenal Allah?

*(JAWAB):Asal mengenal Allah iaitu ada 4 :

1.Iman.
2.Islam.
3.Tauhid.
4.Makrifat.

*(SOAL):Apa erti Iman,Islam,Tauhid & Makrifat?

*(JAWAB):Erti Iman ialah percaya akan:

1.Allah.
2.Rasul-Rasul.
3.Malaikat-Malaikat.
4.Kitab-Kitab.
5.Hari Kiamat.
6.Qada'& Qadar.

*Erti Islam itu menjunjung titah Perintah Allah.

*Erti Tauhid iaitu mengesakan Zat Allah S.W.T.,Sifat Allah,Efa'al Allah(Perbuatan).
*Erti Makrifat Allah iaitu membezakan Muhadas(Sifat Baru) & Qadim(Kekal)

*(SOAL):Apa erti Sifat,Zat,Efaal & Asma'?

*(JAWAB):Erti Sifat Itu Kelakuan.
:Erti Zat itu Diri.
:Erti Efaal itu Perbuatan.
:Erti Asma' itu Nama.

*(SOAL):Bagaimana ada Allah Taala hendak beri hukumnya?

*(JAWAB):Ada Allah Itu:

1.Qidam(Sedia).
2.Baqa'(Kekal).
3.Mukhalafah lil hawadis(Berbeza dengan semua barang Baru).
4.Kiamuhu Binafsih(Berdiri Dengan Sendiri).
5.Wahadaniat(Esa).

*(SOAL):Berapa jalan kepada Allah Taala Di dalam tubuh Manusia,beri kami akan Jawabnya?

*(JAWAB):Adapun Jalan Kepada Allah Taala dalam tubuh iaitu 4 Jalan:

1)SYARIAT.

(ISTANA LIDAH).

(ZIKIR:"LA-ILA-HA-IL-LLAH"!)
----------------------------------------------

2)TARIQAT.

(HATI-QALBU)

(ZIKIR:"ALLAH!ALLAH!)
----------------------------------------------

3)HAQIQQAT.

(NYAWA ROH).

(ZIKIR:"YA ALLAH!)
----------------------------------------------

4)MAKRIFAT.

(MELIPUTI SEKELIAN BADAN).

(ZIKIR:"YA HU KUN HU ZAT!")
----------------------------------------------

(UNTUK MEMPERBAIKI HATI)

(SOAL):Jika di tanya orang akan dikau dengan apa memperbaiki akan hati supaya baik
dengan dia seluruh anggota yang zahir?

(JAWAB):Memperbaiki sksn hati dengan mengamalkan Ilmu Tariqat(Marifat Imam Al-Mahdi)
Yakni Zikir"ALLAH!ALLAH!"dengan cara mengamalkan 'ZIKRULLAH'Seperti Berikut:

(ILMU TARIQAT SHAH NAKSHAHBANDI)

1.Ucapkan"Ih Sak Ya La A'in".(Untuk Mengelakkan Dari Gangguan Syaitan!)

2.Berwuduk.

3.Menghadap Kiblat.

4.Mengucap "Astaghfirullah"(dengan nada yang panjang)7X.

5.Bertaffakur kehadrat Allah S.W.T.

6.Baca Surah 'Al Fatihah' 1X.

7.Baca Surah 'Al Ikhlas'hingga akhir 3X.

Ucapkan:

("Telah Seumpama aku fediahkan 1X Al-Fatihah & 3X Al-Ikhlas Kepada sekelian Rohaniah
Shah Nakshahbandi,Turun Tolong,Bantu Tolong,Bukakan Jalan Seru Kepada(ALLAH)."
(BARULAH PEJAMKAN KEDUA MATA)-"Hai Shahnakshahbandi-Segala Punya Tariqat!".)

(BISMILLAHIRAHMANIRAHIM)
(ALLAHUMMA SAULLI A'LA MOHD WA A'LA ALI MOHD)
(SALAMUN QAULAN MIRRABIRAHIM)

*("ILAHI ANTA MAKSUDI WA RIDHA QAMATLUBI AQTINI MUHABATIKA WA MAKRIFATAKA NAS
ALUKAYA -("YA ALLAH".)(ZIKIR "ALLAH!"ALLAH!"-100X).


*("ILAHI ANTA MAKSUDI WA RIDHA QAMATLUBI AQTINI MUHABATIKA WA MAKRIFATAKA NAS
ALUKAYA -("YA JIBRIL-AMINU-LLAH.")(ZIKIR "ALLAH!"ALLAH!"-100X).


*("ILAHI ANTA MAKSUDI WA RIDHA QAMATLUBI AQTINI MUHABATIKA WA MAKRIFATAKA NAS
ALUKAYA-("YA RASULULLAH.")(TEKAN SUARA!)(ZIKIR"ALLAH!"ALLAH"!-100X)

Kemudian Zikir Qalbi seterus nya Sampai Khatam Zikir hingga Bilangan 1,116X.
Lepas Itu Zikir Jahar(Zikir Keras)"LA ILA HA IL-LALLAH"100-200X Bilangan.

(BISMILLAHIRAHMANIRAHIM)

(ZIKIR TAHLIL LISAN):

*("AFDHALU ZIKRI FAQLAM AN-NAHU-"LA-ILA HA ILALLAH")(UCAPKAN-HAYYUN BAQI).

*("LA-ILA HA ILALLAH")(UCAPKAN-HAYYUN MAUJUD).

*("LA-ILA HA ILALLAH:)(UCAPKAN-HAYYUN LA MAKBUD-ILALLAH).

(+"LA-ILA HA ILLALLAH")(200X)

(DOA ZIKIR TAHLIL LISAN):

("ALLAHU(PANJANGKAN)LA-ILA HA ILALLAH MOHAMMADARASULULLAH SALALLAHU ALAIHI WASALAM,

KALIMATU HAQ ALAIHA NAHYA WA-ALAIHA NUBATSU INSYAAALLAHU TAALA BIRAHMATILLAHI

WAKARAMI.")

(SERTA FEDIAH):

("ILAHI RUHI ARWAHI AHLIL KUBUR MINAL MUSLIMIN WAL MUSLIMAT!)(AL-FATIHAH).

(DOA BACA DOA PENUTUP ZIKIR TARIQAT:)

(BISMILLAHIRAHMANIRAHIM)
(ALLAHUMMA SAULLI A'LA MOHD)
("ALLAHUMMA INNI AS-ALUKA TAUBATA WAL INA BATA WAL ISTIKAMATA ALA SARI GHATIL
IWA TARIQATIL BAI DA I BIRAHMATIKAYA ARHAMARAHIMIN"!)

(DI IJAZAH ONLINE OLEH SYAIDINA SHEIKH MOHD ALMAHDI A.S.AL-HAJ)


(RELEXED SUFI TENDAI TIGER KNIGHT FORCE)

(SHEIKH TENDAI KNIGHT-SHEIKH-EMPEROR).

(QUEEN FASHA-SUFI TENDAI EMPRESS & FAMILY MEMBER).


(MAY THE FORCE OF ALLAH BE WITH YOU ALL!)