Saturday, December 5, 2009
(1)AKIDAH TAUHID(TAUHID)
Kembali kepada Tauhid (1 of 2)
Kembali kepada Tauhid (2 of 2)
(PENGERTIAN ILMU TAUHID)
Kata-kata Tauhid berasal dari bahasa Arab"Wahhada-YuWahhidu-Tauhid",ertinya
"mengesakan".Jadi bertauhid ertinya mengesakan Allah S.W.T.sebagai pencipta Alam
Semesta,yang tidak ada sekutu baginya dengan keyakinan sepenuhnya,bahawa tidak ada
suatu kekuasaanpun yang dapat menandinginya.
Jadi Ilmu Tauhid ialah ilmu yang membicarakan soal-soal akidah iaitu segala keyakinan
dan kepercayaan dalam agama islam dengan dalil-dalil(bukti)yang dapat menyakinkan.
Adapun sebabnya ilmu ini dinamakan dengan ilmu tauhid,kerana soal terpenting dalam
ilmu ini ialah membicarakan tentang adanya Allah S.W.T. Yang Maha Esa dengan segala sifat-sifatnya.
(AKIDAH TAUHID DARI NABI ADAM A.S. HINGGA NABI MUHAMMAD S.A.W.)
Nabi Adam A.S.adalah manusia pertama dan sebagai nenek moyang manusia.Setelah ia
dikurniai oleh Allah S.W.T. anak dan cucu yang sangat ramai,maka Allah menugaskan
ia sebagai Rasul kepada sekelian anak cucunya itu.Adam mengajarkan kepada anak cucu
-nya akidah tauhid,mereka semuanya taat dan tunduk kepada ajaran tersebut,iaitu
mengesakan Allah S.W.T.
Setelah Adam Wafat,maka Allah S.W.T. mengutuskan lagi Nabi dan Rasul secara silih
berganti untuk membimbing manusia pada zamannya yang jumlah semakin hari semakin
ramai.Di samping itu kerana telah merupakan tabiat manusia yang kadang kala
cenderung kepada penyimpangan,maka Allah S.W.T.dengan Sifat Rahman Dan RahimNya,
Tidak henti-hentinya mengutus para Rasulnya untuk tetap membawa manusia supaya
nerpegang kepada Akidah Tauhid,sampai kepada Rasul terakhir iaitu Muhammad S.A.W.
Jadi Dapatlah disimpulkan disini,bahawa akidah yang dibawa oleh para Rasul Allah
itu.dari semenjak zaman Nabi Adam A.S.hingga Nabi Mukammad S.A.W.,adalah akidah yang
sentiasa mengesakan Allah S.W.T. atau disebut dengan akidah tauhid.
(KEDUDUKAN ILMU TAUHID DALAM AKIDAH ISLAM)
Tauhid adalah merupakan dasar utama dan pertama dari akidah islam,sehingga ada para
ahli tafsir yang berpendapat,bahawa sepertiga isi Al-Quran adalah untuk menanamkan
iman kepada Allah S.W.T. atau tauhid ini.Ayat-ayat yang sangat banyak menghuraikan
tentang tauhid adalah ayat-ayat Al-quran yang turun di Mekah,yang juga disebut dengan
surah-surah Makkiyah.Sedang surah-surah yang diturunkan di Madinah,lebih banyak
berkenaan dengan ibadah dan perkara dengan kemasyarakatan dan berbagai ajaran islam
lainnya.Di Samping itu pula ,Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat penting dan sangat
utama dalam islam.Sebab ilmu ini membincangkan soal zat Allah S.W.T. dan menyingkap
pula diri peribadi Rasulnya yang sangat suci zahir dan Batinnya itu.
(HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAUHID)
Mempelajari Ilmu Tauhid ini hukumnya adalah fardhu a'in atas tiap Mukallaf lelaki dan
Perempuan,dalam mengetahuinya secara ijmali yakni mengenai garis besarnya sahaja dengan singkat.Sedangkan yang lebih sempurna lagi hukumnya adalah fardhu kifayah,Iaitu mengetahui Ilmu Tauhid dengan dalil Tafsili(Bukti)secara terperinci
dan perincian-perincian dengan panjang lebar.Jadi mempelajari Ilmu Tauhid dengan
dalil tafsili ini hukumnya fardhu Kifayah.
(PEMBAHAGIAN TAUHID)
Jika dilihat dari segi isinya,maka Tauhid itu terbahagi kepada 3 Bahagian:
(1.TAUHID 'UBUDIYYAH)
Yang dimaksud dengan Tauhid 'Ubudiyah ialah bahawa Allah Sahaja yang berhak untuk di
sembah oleh hamba-hambanya.Kepada Allah Sahaja segala doa dan permintaan dipohonkan.
Sedangkan Makhluk selain daripada Allah tidak berhak untuk disembah dan tidak pula
berhak untuk menerima permohonan dari semua Makhluk.Sikap Mengesakan Allah S.W.T.
seperti yang demikian ini disebut dengan Tauhid 'Ubudiyah.
(2.TAUHID ULUHIYYAH)
Yang dimaksud dengan Tauhid Uluhiyyah ialah pendirian yang meyakini bahawa Allah Itu
Esa(Tunggal).Keesan Allah itu dari sesuatu apapun.Dalam Istilah Ilmu Tauhid,keyakinan
yang demikian itu dinamakan dengan Tauhid Uluhiyyah.
(3.TAUHID RUBUBIYYAH)
Yang dimaksud dengan Tauhid Rububiyyah iaitu keyakinan atau pandangan bahawa hanya
Allah sahajalah yang mempunyai kesanggupan mutlak untuk menciptakan segala sesuatu
yang dikehendaki nya dengan tidak mermelukan bantuan dari pihak-pihak lain.Tauhid atau akidah seperti ini dalam ilmu Tauhid dikenali dengan tauhid Rububiyyah.Justeru
itulah maka Allah S.W.T.Sentiasa disebut dengan "Rabbul 'Alamin".
(IMAM ALMAHDI)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment