DIVIDER LAMAN WEB ILMU ILMU ALLAH

FORCE OF ALLAH LIGHT SABER

Selamat Datang

jedi logo Pictures, Images and Photos

Alam Sejagatraya Kerajaan Kita

animated universe

**Masjid Jamkaran Yang Mulia~Qum~Iran**

**Masjid Jamkaran Yang Mulia~Qum~Iran**
**Masjid Syaidina Imam AlMahdi(A.S.)**

**Marilah Solat 5 Waktu Dengan Tetap~Semoga Bahagia Dunia Dan Akhirat**

Nasyid Sami Yusuf-Ya Mustafa


Free Music Downloads

**Anak Kapal Angkasa Raya Sejagatraya DiRaja**

Star Wars Spinning X-Wing Pictures, Images and Photos

*Memperbanyakkan Selawat Ke Atas Nabi S.A.W. Supaya Majlis Ilmu DiBerkati*

*Memperbanyakkan Selawat Ke Atas Nabi S.A.W. Supaya Majlis Ilmu DiBerkati*
*(Doa Terang Hati Pelajar-Pelajar Sufi Tendai Knights)*

Al-Islam Kerajaan Kita Sign

KERAJAAN-KITA ISLAMIC LED TICKER

** Pusat Pengkalan Perpustakaan Khazanah Ilmu-Ilmu Allah **

Spinning Starfleet Logo Pictures, Images and Photos **Untuk Mencapai Kesempurnaan Iman,Ilmu Ilham,Amalan Yang Istiqamah,Ketinggian Dan Kemurniaan Akhlak,Keamanan Alam Insan Sejagat,Ukhuwah,Pembelaan Agama Dan Dunia**

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Mahaguru Maharaja Sejagatraya Sufi Tendai Islam

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Mahaguru Maharaja Sejagatraya Sufi Tendai Islam
** SALAM~SAYANG ** SALAM ~CERIA ** SALAM~RAUDHAH **

Air Terjun Kerajaan Kita

animated waterfall Pictures, Images and Photos

PEJABAT DIRAJA PERTUBUHAN BERSATU SUFI TENDAI GERAK CAHAYA KNIGHTS

PEJABAT DIRAJA PERTUBUHAN BERSATU SUFI TENDAI GERAK CAHAYA KNIGHTS
E-mail: sheikh.engku@gmail.com (Dekan Universiti Ilmu Allah)

AKADEMI KELUARGA KEAMANAN SUFI TENDAI SINGA KNIGHTS

AKADEMI KELUARGA KEAMANAN SUFI TENDAI SINGA KNIGHTS
*Aqidah-Akhlak-Ilmu Seni Bela Diri Islam-Penyembuhan-Konsultasi-Pengembaraan Ghaib-Deteksi-Ilmu Ilmu Allah*

**Kapal Induk Angkasa Lepas-Lebih Cepat Dari Cahaya**

Star Trek The Next Generation Starship Enterprise 01 Warp Warping Drive Captain Picard Riker Troi Worf Icon Icons Emoticon Emoticons Animated Animation Animations Gif

Wira-Wira DiRaja Kemuliaan Ketenteraman Sejagatraya Sufi Tendai Khalifah Kuasa Khalik A.W.J.

Wira-Wira DiRaja Kemuliaan Ketenteraman Sejagatraya Sufi Tendai Khalifah Kuasa Khalik A.W.J.
Pengamal Ilmu Allah Dan Ilmu Tenaga Dalam Islam

Semarak Kesyukuran Keamanan Alam Nyata Allah S.W.T.

Semarak Kesyukuran Keamanan Alam Nyata Allah S.W.T.
Tentera~Tentera Cahaya Nur Allah S.W.T.

*KERAJAAN KITA ISLAMIC FORCE LED FLICKER V.1


I made this widget at MyFlashFetish.com.

KONSUL PERSEKUTUAN UKHWAH KOMUNITI AL-ISLAM SUFI TENDAI SEMANGAT SINGA

**Semoga Allah MeRahmati Para-Para Ahli Dewan Rasmi Guru-Guru Serta Pensyarah Dan Para Ahli-Ahli Murid Mahaguru Islam Imam AlMahdi(A.S.)**

No.1 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars:Royal Rogue Squadron

No.2 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars:The Kessel Run

No.2 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars:The Kessel Run
Click Our Private Sufi Jedi Holodeck Training Game Image

No.3 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars:Sufi Tendai LightSaber Training

No.3 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars:Sufi Tendai LightSaber Training
Click Our Private Sufi JediHolodeck Training Game Image

No.4 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars: Sufi Tendai Knights Battle-Blades Of Light

No.4 Sufi Jedi Tactical Simulation Room-Star Wars: Sufi Tendai Knights Battle-Blades Of Light
Click Our Private Sufi Jedi Holodeck Training Game Image

BERJIHAD BERSAMA MAHARAJA ISLAM BERTENTANG DENGAN BALA TENTERA IBLIS

star wars Pictures, Images and Photos

Thursday, December 31, 2009

Thursday, December 24, 2009

FEKAH-BERSUCI



(DEFINISI BERSUCI)

Bersuci ialah menghilangkan hadas dan najis dari badan,pakaian serta tempat supaya
dapat menunaikan ibadah khususnya ibadat solat.Bersuci juga merupakan sesuatu yang wajib didalam ajaran islam,kerana tanpa bersuci,ibadah tidak akan diterima.Diantara
cara bersuci ialah berwuduk,mandi dan membersihkan najis dari badan dan pakaian.

(JENIS-JENIS BERSUCI)

Bersuci ada beberapa jenis:

1.Mensucikan badan dari hadas kecil.

2.Mensucikan badan dari hadas besar.

3.Istinjak.

4.Mensucikan pakaian,jubah dan masjid.

(ISTINJAK)

Yang dimaksudkan dengan istinjak iaitu bersuci selepas keluarnya kotoran daripada 2
jalan iaitu kencing atau najis tahi dengan sesuatu yang bersih seperti air,kertas,
batu dan sebagainya sehingga najis itu bersih.

(RUKUN ISTINJAK)

1.Orang yang beristinjak itu seorang islam.

2.Alat untuk istinjak adalah batu,air,kertas,daun atau benda-benda keras yang suci.

3.Tempat yang diistinjak itu adalah kubul dan dubur.

(FARDHU ISTINJAK)

Istinjak itu mestilah menghilang najis,baunya dan rasanya.

(CARA MENGERJAKAN ISTINJAK)

1.Istinjak itu dilakukan sebanyak 3kali,kalau ternyata masih belum suci,
boleh diulang lagi sehingga suci.

2.Alat Istinjak itu mestilah melingkupi tempat yang disapu itu.

3.Beristinjak itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar.

(NIAT BERISTINJAK)

NIAT:"SAHAJA AKU BERISTINJAK ZAHIR & BATIN KERANA ALLAH".

(SUNAT-SUNAT BERISTINJAK)

1.Disunatkan beristinjak dengan bilangan ganjil sama ada 3kali,5kali,7kali
dan seterusnya.

2.Disunatkan juga supaya mengunakan tangan kiri.

(BERISTINJAK DENGAN AIR)

Beristinjak dengan air atau batu,daun,dan dengan benda keras lainnya hendaklah
dibersihkan sehingga hilang bau,rasa,warna dan zatnya.Sesudah selesai mengerjakan
istinjak maka disunatkan membaca:

"YA ALLAH,BERSIHKANLAH HATIKU DARI SIFAT MUNAFIK DAN PELIHARALAH KEMALUANKU
DARI KEKOTORAN".

(ADAB BUANG AIR)

1.Beradab memakai Selipar sebelum dan selepas masuk tandas,untuk elak kaki dari
terkena najis.

2.Disunatkan ketika masuk tandas mendahulukan kaki kiri sambil membaca:

"BISMILLAHIRAHMANIRAHIM-ALLAHUMMA IN-NI A'UZU BIKA MINAL HUBUSI WAL HAUBA IIS".
(ERTINYA):

"DENGAN NAMA ALLAH,AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA SEBARANG KEKOTORAN DAN
SEGALA YANG KOTOR".

3.Disunatkan ketika keluar tandas dengan cara mendahulukan kaki yang kanan sambil
membaca:

"GHAFARA-NAKAL-HAMDULILLAHILAZI-AZHABA-ANNIL-AZYA-WAA'FANI".
(ERTINYA):

"MOHON KEAMPUNAN-MU YA ALLAH,SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG MENGHILANGKAN DARIKU
SEBARANG PENYAKIT DAN MENYIHATKANKU."

4.Jangan menghadap atau membelakang kiblat,kecuali di dalam bilik seperti bilik
mandi,jamban dan sebagainya.

5.Jangan buang air di dalam lubang-lubang tanah,tepi longkang,tempat lalu lalang
orang awam dan tempat perteduhan awam.

6.Jangan bercakap-cakap ketika buang air.

7.Mencangkung atau duduk hendaklah diberatkan di sebelah kiri.

8.Disunatkan beristibrak(bersuara sedikit seperti berdehem)bagi yang membuang air
kecil supaya air kencing dapat keluar semuanya.

9.Basuhkan kedua belah kaki bersama selipar sebelum keluar tandas dengan air yang
suci(Elak terkena najis).

(JENIS-JENIS AIR)

1.Air yang suci lagi menyucikan(Air Mutlak).Air ini boleh diminum,berwuduk dan
mandi.Boleh juga digunakan untuk membasuh,seperti air sungai,air hujan,air laut,
dan sebagainya.

2.Air yang suci tetapi tidak menyucikan.termasuk didalamnya air kopi,air teh,iaitu
air yang telah berubah salah satu sifatnya.

3.Air yang bernajis,iaitu air yang sudah berubah sifat-sifatnya kerana bercampur
dengan najis.

4.Air Makruh,Iaitu air yang terjemur pada matahari dalam bekas selain bekas daripada
emas dan perak.

(BENDA-BENDA NAJIS)

1.Bangkai binatang darat yang berdarah selain dari mayat manusia.Adapun bangkai
binatang laut seperti ikan dan bangkai binatang darat yang tidak berdarah ketika
masih hidupnya seperti belalang adalah suci.

2.Tahi.

3.Air kencing.

4.Darah.

5.Nanah.

6.Muntah.

7.Mazi(Iaitu air putih yang keluar ketika syahwat sedang naik).

8.Wadi(Air putih yang keluar dari kemaluan sesudah buang air kecil atau ketika
membawa beban berat).

9.Arak.

10.Anjing dan babi.

(CARA MENYUCIKAN BENDA-BENDA YANG TERKENA NAJIS)

1.NAJIS MUGHALLAZAH(najis berat),iaitu anjing dan babi(Swine).Cara menyuci benda
yang kena najis ini hendaklah dibasuh 7 kali,1 kali diantaranya airnya dicampur
dengan tanah.

2.NAJIS MUKHAFFAFAH(najis ringan),iaitu kencing bayi lelaki yang berumur 2 tahun
kebawah yang dibesarkan hanya dengan meminum air susu ibunya sahaja.Cara menyuci
najis ini ialah dengan merenjis air ditempat terkena najis tersebut.

3.NAJIS MUTAWASSITAH(najis pertengahan),iaitu najis-najis yang lain dari yang disebutkan diatas,najis ini terbahagi kepada 2 bahagian:

A.NAJIS HUKMIAH.Iaitu sesuatu yang najis dari segi hukumnya saja.Sedangkan dari
segi penglihatannya sudah tidak kelihatan lagi.Seperti air kencing yang sudah kering,tetapi baunya masih ada.

B.NAJIS AINAH.Iaitu najis yang masih ada zatnya,warnanya,rasanya dan baunya.

Cara menyuci kedua najis diatas ini ialah dengan cara menghilangkan zatnya,rasanya,
warnanya dan baunya.

TAUHID-FAEDAH ILMU TAUHID



Adapun faedah mempelajari ilmu tauhid itu di antaranya:

1.Supaya keyakinan manusia itu menjadi bersih dan suci.

2.Supaya manusia terhindar dari keyakinan yang keliru dan tersesat,terhindar dari segala macam tahyul dan khurafat yang mengotori jiwa.

3.Dengan memahami ilmu tauhid,manusia akan menjadi sihat akidahnya,sihat angan-angan dan fikirannya,yang akhirnya akan memiliki iman yang kuat dan subur.

4.Dengan mempelajari ilmu tauhid,manusia akan mengetahui sifat wajib,mustahil dan harus bagi Allah S.W.T.,Begitu juga sifat wajib,mustahil dan harus bagi Rasulnya.

Saturday, December 5, 2009

TUJUAN MEMPELAJARI ILMU TAUHID



Adapun tujuan dari mempelajari ilmu tauhid itu ialah untuk mengenal Allah S.W.T.
dengan segala sifat -sifatnya,serta untuk mengenal para rasulnya dengan segala
ajarannya,berdasarkan dalil-dalil yang jelas dari Al-Quran dan Al-Hadis.Begitu juga
untuk mengetahui perkara-perkara yang wajib,mustahil dan harus bagi Allah S.W.T.dan
mengetahui perkara-perkara yang wajib,mustahil dan harus bagi Rasulnya,dengan
demikian diharapkan agar manusia memperolehi kebahagiaan dalam hidup baik di dunia
maupun diakhirat.
kara
Disamping itu ilmu Tauhid sangat banyak faedahnya kepada manusia,kerana bagi orang
yang mempunyai akidah yang kukuh akan membuahkan perkara-perkara yang bermanfaat,
diantaranya sebagai berikut:

1.Menghilangkan rasa rendah diri dan rasa takut.

2.Menimbulkan rasa keberanian serta ketabahan hati dalam menghadapi perjuangan
hidup.

3.Tidak Mudah putus asa,tidak lekas kecewa,tidak malu kerana miskin dan tidak
Sombong apabila kaya.
(IMAM ALMAHDI)

(1)AKIDAH TAUHID(TAUHID)




Kembali kepada Tauhid (1 of 2)


Kembali kepada Tauhid (2 of 2)

(PENGERTIAN ILMU TAUHID)

Kata-kata Tauhid berasal dari bahasa Arab"Wahhada-YuWahhidu-Tauhid",ertinya
"mengesakan".Jadi bertauhid ertinya mengesakan Allah S.W.T.sebagai pencipta Alam
Semesta,yang tidak ada sekutu baginya dengan keyakinan sepenuhnya,bahawa tidak ada
suatu kekuasaanpun yang dapat menandinginya.

Jadi Ilmu Tauhid ialah ilmu yang membicarakan soal-soal akidah iaitu segala keyakinan
dan kepercayaan dalam agama islam dengan dalil-dalil(bukti)yang dapat menyakinkan.
Adapun sebabnya ilmu ini dinamakan dengan ilmu tauhid,kerana soal terpenting dalam
ilmu ini ialah membicarakan tentang adanya Allah S.W.T. Yang Maha Esa dengan segala sifat-sifatnya.

(AKIDAH TAUHID DARI NABI ADAM A.S. HINGGA NABI MUHAMMAD S.A.W.)
Nabi Adam A.S.adalah manusia pertama dan sebagai nenek moyang manusia.Setelah ia
dikurniai oleh Allah S.W.T. anak dan cucu yang sangat ramai,maka Allah menugaskan
ia sebagai Rasul kepada sekelian anak cucunya itu.Adam mengajarkan kepada anak cucu
-nya akidah tauhid,mereka semuanya taat dan tunduk kepada ajaran tersebut,iaitu
mengesakan Allah S.W.T.
Setelah Adam Wafat,maka Allah S.W.T. mengutuskan lagi Nabi dan Rasul secara silih
berganti untuk membimbing manusia pada zamannya yang jumlah semakin hari semakin
ramai.Di samping itu kerana telah merupakan tabiat manusia yang kadang kala
cenderung kepada penyimpangan,maka Allah S.W.T.dengan Sifat Rahman Dan RahimNya,
Tidak henti-hentinya mengutus para Rasulnya untuk tetap membawa manusia supaya
nerpegang kepada Akidah Tauhid,sampai kepada Rasul terakhir iaitu Muhammad S.A.W.
Jadi Dapatlah disimpulkan disini,bahawa akidah yang dibawa oleh para Rasul Allah
itu.dari semenjak zaman Nabi Adam A.S.hingga Nabi Mukammad S.A.W.,adalah akidah yang
sentiasa mengesakan Allah S.W.T. atau disebut dengan akidah tauhid.

(KEDUDUKAN ILMU TAUHID DALAM AKIDAH ISLAM)
Tauhid adalah merupakan dasar utama dan pertama dari akidah islam,sehingga ada para
ahli tafsir yang berpendapat,bahawa sepertiga isi Al-Quran adalah untuk menanamkan
iman kepada Allah S.W.T. atau tauhid ini.Ayat-ayat yang sangat banyak menghuraikan
tentang tauhid adalah ayat-ayat Al-quran yang turun di Mekah,yang juga disebut dengan
surah-surah Makkiyah.Sedang surah-surah yang diturunkan di Madinah,lebih banyak
berkenaan dengan ibadah dan perkara dengan kemasyarakatan dan berbagai ajaran islam
lainnya.Di Samping itu pula ,Ilmu ini adalah Ilmu yang sangat penting dan sangat
utama dalam islam.Sebab ilmu ini membincangkan soal zat Allah S.W.T. dan menyingkap
pula diri peribadi Rasulnya yang sangat suci zahir dan Batinnya itu.

(HUKUM MEMPELAJARI ILMU TAUHID)
Mempelajari Ilmu Tauhid ini hukumnya adalah fardhu a'in atas tiap Mukallaf lelaki dan
Perempuan,dalam mengetahuinya secara ijmali yakni mengenai garis besarnya sahaja dengan singkat.Sedangkan yang lebih sempurna lagi hukumnya adalah fardhu kifayah,Iaitu mengetahui Ilmu Tauhid dengan dalil Tafsili(Bukti)secara terperinci
dan perincian-perincian dengan panjang lebar.Jadi mempelajari Ilmu Tauhid dengan
dalil tafsili ini hukumnya fardhu Kifayah.

(PEMBAHAGIAN TAUHID)
Jika dilihat dari segi isinya,maka Tauhid itu terbahagi kepada 3 Bahagian:

(1.TAUHID 'UBUDIYYAH)
Yang dimaksud dengan Tauhid 'Ubudiyah ialah bahawa Allah Sahaja yang berhak untuk di
sembah oleh hamba-hambanya.Kepada Allah Sahaja segala doa dan permintaan dipohonkan.
Sedangkan Makhluk selain daripada Allah tidak berhak untuk disembah dan tidak pula
berhak untuk menerima permohonan dari semua Makhluk.Sikap Mengesakan Allah S.W.T.
seperti yang demikian ini disebut dengan Tauhid 'Ubudiyah.

(2.TAUHID ULUHIYYAH)
Yang dimaksud dengan Tauhid Uluhiyyah ialah pendirian yang meyakini bahawa Allah Itu
Esa(Tunggal).Keesan Allah itu dari sesuatu apapun.Dalam Istilah Ilmu Tauhid,keyakinan
yang demikian itu dinamakan dengan Tauhid Uluhiyyah.

(3.TAUHID RUBUBIYYAH)
Yang dimaksud dengan Tauhid Rububiyyah iaitu keyakinan atau pandangan bahawa hanya
Allah sahajalah yang mempunyai kesanggupan mutlak untuk menciptakan segala sesuatu
yang dikehendaki nya dengan tidak mermelukan bantuan dari pihak-pihak lain.Tauhid atau akidah seperti ini dalam ilmu Tauhid dikenali dengan tauhid Rububiyyah.Justeru
itulah maka Allah S.W.T.Sentiasa disebut dengan "Rabbul 'Alamin".
(IMAM ALMAHDI)

FASAL 1-RUKUN-RUKUN KEIMANAN ATAU ARKANUL IMAN(TAUHID)



Rukun-rukun keimanan itu ada 6 hal,Iaitu:

1.Percaya kepada Allah Ta'ala.

2.Percaya kepada Para Malaikat Allah Ta'ala.

3.Percaya kepada Kitab-kitab Alllah Ta'ala.

4.Percaya kepada Para Rasul-rasul Allah Ta'ala.

5.Percaya kepada Hari Akhir Atau Hari Kiamat.

6.Percaya kepada Qadha'dan Qadar Allah Ta'ala.
(Nasib Untung Atau Rugi Seseorang HambaAllah)

(IMAM ALMAHDI)

Friday, December 4, 2009

KELEBIHAN AHLI-AHLI ZIKIR(TASAUF)




(40 MANFAAT BERTASAUF DIDUNIA DAN DIAKHIRAT)
Menurut Imam Ghazali ada 40 tingkat tujuan atau manfaat dari orang yang bertasauf itu,20 di dunia dan 20 di akhirat.20 Tingkat didunia itu ialah:


1.Manusia itu akan selalu ingat dan menyebut nama Tuhannya.

2.Selalu bersyukur dan membesarkan Tuhannya.

3.Selalu mencintai Tuhannya dan dicintai oleh sesama manusia.

4.Selalu menjadikan Tuhan sebagai wakilnya dalam segala pekerjaan.

5.Memperolehi ketenteraman dalam rezaki kerana di jamin oleh Tuhannya.

6.Memperolehi pertolongan daripada Tuhannya terhadap gangguan seteru atau musuhnya.

7.Hatinya menjadi tenteram dalam segala perkara,begitu juga keadaannya tidak cemas
dan takut.

8.Memperoleh kemuliaan didunia dan tidak mengharapkan dimuliakan oleh manusia.

9.Sentiasa terpelihara daripada kecemaran.

10.Mulia dan lapang Hati.

11.Memperoleh petunjuk secara terang-benderang sehingga mudah baginya untuk mendapatkan Ilmu pengetahuan dan hikmah.

12.Jauh dari kesusahan Dunia.

13.Kehebatannya sehingga membuatkan orang lain kagum kepadanya.

14.Dicintai oleh sesama Manusia dan Tuhannya.

15.Memperolehi keberkatan baik perkataannya,peribadinya,pakaian dan tempat tinggalnya.

16.Memperolehi Makrifat dibumi dan dilaut.

17.Menghilangkan ketakutan terhadap binatang buas.

18.Memperoleh kekuasaan,seolah-olah memegang kunci perbendaharaan bumi yang luas ini.

19.Dapat Menyampaikan segala hajat makhluk Tuhan yang lain dengan kemegahan kepada Tuhan.

20.Sangat mudah dikabulkan doanya oleh Allah S.W.T.



Sedangkan yang 20 untuk Akhirat ialah:

1.Mudah dan tidak takut menghadapi mati.

2.Tetap hatinya kepada Makrifat dan Iman.

3.Dianugerahkan Allah kesenangan serta nikmat yang berlimpah ruah di dalam kubur
dan di Akhirat.

4.Kekal di dalam Syurga dan sentiasa berhampiran dengan Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah.

5.Jenazahnya di hormati oleh manusia dan malaikat.

6.Bebas dari pertanyaan Munkar dan Nakir di dalam kubur dan bebas dari kesusahan kubur.

7.Kubur menjadi Lapang dan Terang-Benderang.

8.Rohnya sentiasa dalam keadaan tenang,penuh dalam kesenangan dan kemuliaan.

9.Pada Waktu berkumpul di Padang Mahsyar memperoleh keistimewaan dan keagungan.

10.Berwajah putih dan bercahaya serta melihat kepada Tuhannya dengan senyuman dan kegembiraan.

11.Sentiasa berada dalam keadaan sejahtera dan terlepas dari kesusahan serta siksaan Hari Kiamat.

12.Dikurangi Hisab dan ada yang tidak di hisab sama sekali.

13.Menerima Kitab Amalan dengan tangan kanan pada Hari Kiamat.

14.Amal Kebajikannya memberatkan Timbangan.

15.Diberi kesempatan minum dalam HAUDH,Iaitu Telaga Minuman Para-para Nabi.

16.Terlepas dengan Selamat di atas "TITIAN SIRATUL MUSTAQIM".

17.Memperoleh Syafaat Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul.

18.Memperoleh kedudukan yang Abadi di dalam Syurga.

19.Memperoleh KeRedhaan Allah yang tidak terhingga besarnya.

20.Berjumpa Dengan Allah Seru Sekelian Alam,yang Awal tidak berpangkal dan Akhir Tidak berkesudahan,Tidak berupa dan berbentuk,Tuhan Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat,Memperhatikan hamba-hambanya.
(IMAM ALMAHDI)

Thursday, December 3, 2009

TINGKATAN TAQARROB(TASAUF)



Menurut ajaran Tasauf ada 3 tingkatan orang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah,
3 tingkatan tersebut ialah:

(A.MURID)

Murid ialah orang yang mencari pengetahuan dan bimbingan dalam melaksanakan amal ibadatnya,dengan memusatkan segala perhatian dan usahanya ke arah itu.melepas segala
kemahuannya dengan menggantungkan diri dan nasibnya kepada kehendak Allah.

Murid dalam Dunia Tasauf ada 3 Bahagian:

(1.MUBTADI)

Iaitu mereka yang baru mempelajari syariat.Jiwanya masih terikat pada kehidupan
duniawi,Tingkat permulaan ini berlatih melakukan amal-amal zahir secara tetep dengan
Cara dan dalam waktu tertentu.

(2.MUTAWASSIT)

Adalah tingkat menengah,iaitu orang yang sudah dapat melalui tingkat permulaan dan
telah mempunyai pengetahuan yang cukup tentang syariat.Tingkat ini sudah memasuki
pengetahuan dan amalan yang bersifat batiniah.Taraf ini adalah taraf belajar dan
belatih mensucikan batin agar mencapai akhlak yang Mulia.

(3.MUNTAHI)

Adalah tingkat atas,iaitu yang telah mendalam Ilmu syariat,sudah menjalani Tariqat
dam mendalami Ilmu batiniah.Sudah bebas dari perbuatan Maksiat sehingga jiwanya bersih.Orang yang sudah sampai ke tingkat ini di sebut orang Arif,iaitu orang yang
sudah diperkenankan mendalami ilmu hakikat.sesudah itu iapun bebas dari bimbingan
guru dan berjalan sendiri.

(B.SHEIKH)

Sheikh ialah seorang pimpinan kumpulan kerohanian,mengawasi murid-murid dalam segala
kehidupannya dan sebagai penunjuk jalan.Sheikh ini disebut juga Mursyid,iaitu orang
yang sudah melalui tingkat Khalifah.Ia adalah seorang yang mempunyai tingkat
kerohanian yang tinggi,sempurna ilmu syariatnya,mendalam ilmu Hakikat dan ilmu
Marifatnya.

(C.WALI DAN KUTUB)

Iaitu Seorang yang sudah sampai ke puncak kesucian batin,memperolehi ilmu Laduni
yang tinggi sehingga tersingkap tabir rahsia yang ghaib.Orang seperti ini akan memperoleh kurnia dari Allah dan itulah yang di sebut Wali.

Wali adalah seseorang yang telah mencapai puncak kesempurnaan dan kecintaan Allah.
Kerana Pengabadiannya dan amalannya yang luar biasa sebagai kurniaan dari Allah.

Orang yang Mulia seperti itu menurut sufi adalah wakil-wakil Nabi,Penyambung perjuangan Nabi dan inilah pula yang dimaksud dengan Qutub.Mereka ini mempunyai
kedudukan yang hampir sama dengan Nabi dalam perkara kesucian Rohani,Kedalaman
ilmu dan ketaatannya kepada Allah.Qutub memperolehi ilmu melalui Ilham,sedangkan
Nabi melalui Wahyu(Ilmu Ilham Tertinggi dari Para Waliyullah).
(IMAM ALMAHDI)

Dato' Ustaz Ismail Kamus - 4 Golongan Manusia (part 1-6)


Dato' Ustaz Ismail Kamus - 4 Golongan Manusia (part 1)



Dato' Ustaz Ismail Kamus - 4 Golongan Manusia (part 2)



Dato' Ustaz Ismail Kamus - 4 Golongan Manusia (part 3)



Dato' Ustaz Ismail Kamus - 4 Golongan Manusia (part 4)



Dato' Ustaz Ismail Kamus - 4 Golongan Manusia (part 5)



Dato' Ustaz Ismail Kamus - 4 Golongan Manusia (part 6)

APLIKASI SUFI TENDAI-MENGHILANGKAN KEKUATAN NEGATIF PADA BENDA/RUMAH ATAU ORANG




1. SIKAP : TENANG TATAP BENDA TERSEBUT.

2.KONSENTRASI DIRI.

3.DETEKSI POWER BENDA/RUMAH/ORANG TERSEBUT.

4.BANDINGKAN DENGAN POWER YANG KITA MILIKI.

5.BILA POWER BENDA LEBIH RENDAH YAKINKAN APAKAH KITA MAMPU DENGAN PROGRAM
"YA & TIDAK".

6.BILA"YA"!LAKUKAN PEMBERSIHAN DENGAN IZIN ALLAH.

7.BACA TA'AWUDZ"AUZUBILLAHIMINAYHAITANIRAJIM"7X.

8.BACA AYATUL KURSI 7X.

9.GERAK SENAM SUFI TENDAI:3-15MINIT(MACAM BIASA).

10.BERSERTA ZIKIR SIRR.

11.SAPU MUKA & BERSYUKUR KEPADA ALLAH.

12.PROGRAM SELESAI.
(IMAM ALMAHDI)

Kembali kepada Islam (1 Sampai 3)







TENAGA DALAM ILAHI-TRUE INNERSELF

Tenaga Dalam Ilahi - Mangkuk berdengung

Tenaga Dalam Ilahi ( TENDAI)- Teknik Merakam Hantu