Monday, March 8, 2010
TASAUF(MEMAHAMI ILMU TASAUF)
(DEFINISI TASAUF)
Sangatlah banyak definisi tentang tasauf diberikan oleh para-para ahli,di antaranya:
1.Seorang sufi ialah orang yang telah bersih hatinya,semata-mata hanya untuk Allah.
2.Sufi ialah orang yang telah memilih Allah semata-mata untuk dirinya.
3.Tasauf ialah mengambil hakikat dan putus asa dari apa yang ada dalam tangan sesama
makhluk.
4.Tasauf ialah masuk ke dalam budi sebagaimana yang telah dicontohkan dan ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W. dan keluar daripada budi yang rendah.
5.Tasauf ialah membersihkan jiwa dan pengaruh benda atau alam,supaya mudah menuju kepada Allah.
6.Tasauf ialah ikhlas menyerahkan diri menurut apa yang dikehendaki oleh Allah.
7.Tasauf ialah tidak memiliki sesuatu dan tidak dimiliki oleh sesuatu kecuali hanya
dimiliki oleh Allah S.W.T.
8.Tasauf ialah cerah kerana dekat dan keruh kerana jauh.
9.Tasauf ialah sentiasa berserta Allah dimanapun berada tanpa wasilah(Perantara).
10.Tasuaf ialah duduk berserta Allah tanpa berduka.
Bermacam ragam definisi tasauf sebagaimana yang kita saksikan di atas sesuai dengan pandagan masing-masing,akan tetapi semuanya itu menuju kepada satu arah,iaitu benar
-benar ingin mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment