Sheikhengku-Solat Sunat Malam Lailatul Qadar
Kuliah Agama Islam-Kaedah Solat Sunat Bulan Ramadhan!
http://www.sheikhengku.blogspot.com
Solat Sunat Lailatul Qadar
1. Pada malam Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan, disunatkan Solat Sunat Lailatul Qadar.
2. Empat rakaat satu salam.
Atau Empat rakaat dua salam
3. Lafaz dan niat solat:
Usholli sunnata lailatul qadri arba'a rak'aatin lillahi taala.
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat Malam Lailatul Qadar empat rakaat kerana Allah Taala.
4. Bacaan surah selepas Fatihah:
Rakaat Pertama: Surah At-Takathur.
Rakaat Kedua: Surah Al-Ikhlas.
5. Selepas memberi salam, bacalah doa berikut:
Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka keampunan, maka ampunilah aku; tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya; milikNya seluruh kerajaan dan bagiNya segala pujian; Dia yang menghidup dan mematikan dan Dia berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
Kelebihan:Untuk bertemu dengan malam lailatul Qadar dengan tepat,insyaallah
Semoga amalan puasa wajib serta amalan soleh kita selama sebulan ramadhan dapat
terima oleh Allah S.W.T.,Amin!
Sheikhengku-Solat Sunat Malam Lailatul Qadar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment