Tuesday, October 18, 2011
Panduan Hukum Korban (1/10) - Wajib Korban Setiap Tahun kepada yang Mampu
Panduan Hukum Korban (1/10) - Wajib Korban Setiap Tahun kepada yang Mampu
Panduan Hukum Ibadat Korban
IBADAH KORBAN ITU WAJIB
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu. (Al-Kausar. 2.)
Berkorban hanya sah dilakukan setelah selesai menunaikan solat Hari Raya Idil Adha dan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Firman Allah Azza wa-Jalla:
لِيَشْهَدُوْا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوْا اسْمَ اللهِ فِى أَيَّامٍ مَّعْلُوْمَاتٍ عَلَى مَارَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيْمَةِ اْلأَنْعَامِ فَكُلُوْا مِنْهَا وَأَطْعِمُوْا الْبَآئِسَ الْفَقِيْرَ ثُمَّ لْيَقْضُوْا تَفَثَهُمْ وَلْيُوْفُوْا نُذُوْرَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوْا بِاْلْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan (hari raya haji dan hari tasyriq) atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan sebahagiannya lagi berikan untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi miskin. Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kotoran (mencukur rambut, memotong kuku) yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka melakukan tawaf di sekililing rumah yang tua ini (Baitullah). (Al-Haj. 28-29.)
Panduan Hukum Korban (2/10) - Berkorban tanda Kita Menyintai ALLAH
Panduan Hukum Ibadat Korban
HUKUM IBADAH KORBAN
Para ulama telah berselisih pendapat berkenaan hukum ibadah korban (penyembelihan binatang korban). Namun pendapat yang lebih kuat (rajih) hukumnya wajib kepada setiap mukmin yang mampu untuk berkorban (Lihat: احكام العيدين hlm. 26. Ali Hasan Ali Abdulhamid.) di setiap kali menjelangnya Idil Adha (Hari Raya Korban).
Berkorban hanya sah dilakukan setelah selesai menunaikan solat Hari Raya Idil Adha dan pada hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Firman Allah Azza wa-Jalla:
لِيَشْهَدُوْا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوْا اسْمَ اللهِ فِى أَيَّامٍ مَّعْلُوْمَاتٍ عَلَى مَارَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيْمَةِ اْلأَنْعَامِ فَكُلُوْا مِنْهَا وَأَطْعِمُوْا الْبَآئِسَ الْفَقِيْرَ ثُمَّ لْيَقْضُوْا تَفَثَهُمْ وَلْيُوْفُوْا نُذُوْرَهُمْ وَلْيَطَّوَّفُوْا بِاْلْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan (hari raya haji dan hari tasyriq) atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan sebahagiannya lagi berikan untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi miskin. Kemudian hendaklah mereka menghilangkan kotoran (mencukur rambut, memotong kuku) yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka melakukan tawaf di sekililing rumah yang tua ini (Baitullah). (Al-Haj. 28-29.)
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:
لاَ يَذْبَحَنَّ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُصَلِّيَ.
Janganlah sekali-kali salah seorang antara kamu menyembelih korban, sehinggalah selesai solat (Idil Adha). (H/R Tirmizi.)
Allah Azza wa-Jalla telah memerintahkan agar orang-orang beriman berkorban setelah menjelangnya Idil Adha (Hari Raya Korban) yang telah disyariatkan sejak zaman Nabi Ibrahim alaihis salam. Umat Islam diperintahkan agar mengikut millah (agama) Nabi Ibrahim sebagaimana seruan Allah Taala di dalam firmanNya:
ثُمَّ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيْمَ حَنِيْفًا وَمَاكَانَ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ.
Kemudian Kami wahyukan kepadamu hendaklah mengikut millah (syariat) Ibrahim yang berdiri teguh atas jalan yang benar dan bukanlah dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. (An-Nahl, 123.)
Perintah Allah Taala menunjukkan akan wajibnya berkorban, sehingga Nabi Ibrahim alaihis salam sanggup menyembelih anak kesayangannya kerana mentaati dan menunaikan perintah Allah Azza wa-Jalla. Allah berfirman:
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّيْ أَرَى فِى الْمَنَامِ أَنِّيْ أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِيْ إِنْ شَآءَ اللهُ مِنَ الصَّابِرِيْنَ.
Maka tatkala anak itu (Ismail) sampai pada umur sanggup berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelihmu maka fikirkanlah apa pendapatmu? Ia menjawab: Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya Allah kamu akan mendapati aku termasuk orang-orang yang benar!. (As-Saffat, 37:102.)
Jika Nabi Ibrahim alaihis salam sanggup mengorbankan satu-satunya anak yang tersayang, Nabi Ismail pula sanggup mengorbankan nyawanya yang tidak ternilai kerana taat menunaikan perintah Allah dan cintanya kepadaNya maka dimana bukti cinta seseorang yang mengaku beriman terhadap Rabbnya? Mengapa tidak mengorbankan sedikit dari hartanya iaitu dengan menyembelih seekor binatang korban di Idil Adha?
Panduan Hukum Korban (3/10) - Satu Bahagian Korban untuk Satu Keluarga
Panduan Hukum Ibadat Korban
DALIL-DALIL MENUNJUKKAN WAJIBNYA BERKORBAN
Antara dalil-dalil syara, fatwa dan pendapat para ulama Salaf as-Soleh yang mewajibkan berkorban setelah ada berkemampuan ialah:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu. (Al-Kausar. 2.)
Menurut Rabiah, Al-Auzai, Abu Hanifah, al-Laith dan sebahagian para pengikut Malikiyah bahawa berkorban hukumnya adalah wajib bagi setiap ahli keluarga yang mampu (Lihat: (1). Bidayah al-Mujtahid. 1/314. Ibn Asyd. (2). Al-Fikhul Islami wa-Adillatuhu. Juz 3/595-597. Dr. Wahbad al-Juhaili.) berpandukan dalil:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : أَقَامَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَالْمَدِيْنَةِ عَشَرَ سِنِيْنَ يُضَحِّى.
Dari Ibnu Umar radiallahu anhuma berkata: Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam telah menetap (mukim) di Madinah selama sepuluh tahun, baginda tetap menunaikan korban. (H/R Tirmizi.)
كَانَ الرَّجُلُ فِى عَهْدِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُضَحَّى بِالشَّائِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِه.
Dimasa Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam, setiap seseorang lelaki berkorban dengan seekor kambing untuknya dan untuk keluarganya. (H/R Tirmizi, kitab al-Adhahi 2/1216 (hadis ini disahihkan oleh beliau). Dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 2/2546 (dengan sanad yang sahih). Hadis ini disahihkan juga oleh Syeikh al-Albani.)
عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ أُضْحِيَةٌ
Diatas setiap ahli bait (ketua keluarga) hendaklah ada sembelihan (korban/udhiyah). (H/R Ahmad, Ibnu Majah. Hakim, disahihkan oleh beliau)
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحَّ ، فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنَا.
Barangsiapa mendapati dirinya mempunyai kelapangan/kemampuan (rezeki untuk berkorban) lalu dia tidak mahu berkorban maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat solat kami. (H/R Ahmad, Ibn Majah, Darqutni, Hakim dan sanadnya hasan. Lihat: Fathul Bari, jld 10/5. Hadis Mauquf lihat: Bulughul Maram 1349 dan Ahkam al-Idain hlm. 26.)
Panduan Hukum Korban (4/10) - Jenis Haiwan dan Cara Penyembelihan
Panduan Hukum Ibadat Korban
Telah dijelaskan dalam kibab Subulus Salam tentang maksud hadis di atas ini bahawa:
Hadis ini menunjukkan bahawasanya seseorang dianggap telah meninggalkan suatu kewajipan (korban) yang seolah-olah (baginya) tidak ada manfaatnya, walaupun dia bertaqarrub kepada Allah (solat tetapi sayangnya) dia meninggalkan kewajipan itu (korban). (Lihat: Subulus Salam. 4/169.)
أَنَّهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحَّى عَمَّنْ لَمْ يُضَحِّ مِنْ أُمَّتِهِ بِكَبْشٍ.
Bahawasanya Nabi sallallahu alaihi wa-sallam telah berkorban untuk orang yang belum berkorban dari umatnya dengan seekor kambing kibas. (H/R Al-Barra bin Azib.)
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كُنَّا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِى سَفَرٍ ، فَحَضَرَ اْلأَضْحَى ، فَاشْتَرَكْنَا فِى الْبَقَرَةِ سَبْعَةٌ ، وَفِى الْبَعِيْرِ عَشَرَةٌ.
Dari Ibnu Abbas radiallahu anhu berkata: Kami bersama Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam di salah satu perjalanan (safar), kemudian tiba Hari Raya Korban maka kami berkongsi tujuh orang pada seekor lembu dan sepuluh orang pada seekor unta. (H/R Tirmizi 1213. Dan disahihkan oleh Al-Albani.)
عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : نَحَرْنَا مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحُدَيْبِيَةِ الْبُدْنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ.
Dari Jabir radiallahu anhu berkata: Kami telah menyembelih korban bersama Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam di Hudaibiyah iaitu unta untuk tujuh orang dan lembu untuk tujuh orang. (H/R Tirmizi.)
Imam Malik rahimahullah berkata:
Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya). (Lihat: الموطأ 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muatha: Tanwir al- Hawalik.)
Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum berkorban adalah sunnah, bukan wajib. Inilah antara pendapat Imam Syafie rahimahullah. Namun setiap kata-kata dan pendapat boleh diterima dan ditolak kecuali kata-kata Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam.
MEMBACA BISMILLAH
Selain menggunakan pisau yang tajam semasa menyembelih, maka disyariatkan agar mencontohi cara atau sifat penyembelihan Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam iaitu membaca Bismillahi Allahu Akbar kerana menurut riwayat yang sahih baginda membacanya ketika menyembelih binatang korban. Antara hadis-hadis yang menjelaskan demikian ialah:
مَنْ كَانَ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ نُصَلِّي ، فَلْيَذْبَحْ مَكَانَهُ أُخْرَى ، وَمَنْ لَمْ يَكُنْ ذَبَحَ حَتَّى صَلَيْنَا فَلْيَذْبَحْ بِاِسْمِ اللهِ.
Sesiapa yang menyembelih sebelum solat maka hendaklah dia menyembelih sekali lagi sebagai gantinya. Dan barangsiapa yang belum memyembelih hingga kami selesai solat, maka hendaklah dia menyembelih dengan menyebut nama Allah (بسم الله). (H/R Bukhari no 5562. Muslim no 1960. )
عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : صَلَيْتُ مَعَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِيْدَ اْلأَضْحَى ، فَلَمَّا انْصَرَفَ أُتِيَ بِكَبْشٍ فَذَبَحَهُ ، فَقَالَ : بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ.
Dari Jabir radiallahu anhu berkata: Aku bersolat Idil Adha bersama Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam, setelah selesai solat, didatangkan kepadanya seekor kibas, maka baginda menyembelihnya dan membaca: Bismillahi Wallaahu Akbar. (H/R Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi.)
Panduan Hukum Korban (5/10) - Makanlah Sedekahkanlah dan Simpanlah
Panduan Hukum Ibadat Korban
WAKTU MULA MENYEMBELIH KORBAN
Menyembelih binatang korban hanya boleh dilakukan setelah selesai solat Hari Raya. Tidak dihukum sebagai ibadah korban bagi sesiapa yang menyembelih sebelum selesainya solat Idil Adha. Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:
مَنْ صَلَّى صَلاَتَنَا وَاسْتَقْبَلَ قِبْلَتَنَا فَلاَ يَذْبَحْ حَتَّى يَنْصَرِفَ.
Barangsiapa yang solat seperti solat kami dan menghadap kiblat kami maka janganlah menyembelih sehingga ia selesai solat (Solat Hari Raya). (H/R Bukhari 5563 dan Muslim 1961.)
أَقَبْلَ الصَّلاَةِ ؟ قَالَ : نَعَمْ . قَالَ : تِلْكَ شَاةُ لَحْمٍ.
Baginda bertanya apakah (disembelih) sebelum solat? Ia menjawab: Ya! Baginda bersabda: Itu adalah daging kambing (sedekah) yang bukan kambing korban.
اِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِى يَوْمِنَا هَذَا نُصَلِّيْ ، ثُمَّ نَرْجِعُ فَنَحَرَ ، فَمَنْ فَعَلَ ذَلَكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ قَبْلَ ذَلَكَ فَاِنَّمَاهُوَلَحْمٌ قَدَّمَهُ لأَهْلِهِ لَيْسَ مِنَ النُّسُكِ فِى شَيْءٍ
Sesungguhnya perkara yang pertama yang kita mulakan pada hari ini (Hari Raya Korban) ialah kita solat, kemudian menyembelih (binatang korban). Maka sesiapa yang melakukan serupa itu dia telah mendapatkan sunnah kami. Barangsiapa yang menyembelih sebelum solat maka sesungguhnya sembelihan itu adalah daging yang diperuntukkan bagi keluarganya, bukan termasuk binatang korban sedikitpun. (H/R Muslim, 1961.)
مَنْ كَانَ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ نُصَلِّي فَلبْيَذْبَحْ مَكَانَهُ أُخْرَى وَمَنْ كَانَ لَمْ يَذْبَحْ فَلْيَذْبَحْ.
Barangsiapa yang menyembelih sebelum kami bersolat, maka hendaklah dia menyembelih sekali lagi sebagai gantinya, dan yang belum menyembelih maka sembelihlah.
مَنْ كَانَ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَلْيُعِدْ.
Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (solat Hari Raya) maka hendaklah dia mengulanginya. (H/R Bukhari, kitab Al-Adahi 5561. Muslim 1962.)
مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلاَةِ ، فَإِنَّمَا يَذْبَحُ لِنَفْسِهِ ، وَمَنْ ذَبَحَ بَعْدَ الصَّلاَةِ وَالْخُطْبَتَيْنِ ، فَقَدْ اَتَمَّ نُسُكَهُ وَأَصَابَ سُنَّةَ الْمُسْلِمِيْنَ.
Sesiapa yang menyembelih korban sebelum solat maka sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri. Sesiapa yang menyembelih sesudah solat dan dua khutbah maka sesungguhnya sempurnalah ibadahnya dan tepatlah menurut sunnah orang-orang Islam. (H/R Bukhari.)
DAGING YANG DISIMPAN MELEBIHI TIGA HARI
Terdapat hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Umar radaallahu anhum bahawa Nabi sallallahu alaihi wa-sallam bersabda:
لاَيَأْكُلْ أَحَدُكُمْ لَحْمِ أُضْحِيَّتِهِ فَوْقَ ثَلاَثٍ.
Janganlah salah seorang kamu memakan deging korbannya setelah melebihi tiga hari. (H/R Muslim 1970.)
Hadis di atas ini dimansuhkan dengan hadis berikut:
مَنْ ضَحَّى مِنْكُمْ فَلاَ يُصْبِحَنَّ بَعْدَ ثَالِثَةٍ وَبَقِيَ فِى بَيْتِهِ شَيْءٌ فَلَمَّا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ قَالُوْا : يَا رَسُوْلُ اللهِ نَفْعَلُ كضمَا فَعَلْنَا عَامَ الْمَاضِيْ قَالَ : كُلُوْا وَأَطْعِمُوْا وَادَّخِرُوْا فَإِنَّ ذَلِكَ الْعَامَ كَانَ بِالنَّاسِ جَهْدٌ فَأَرَدْتُ أَنْتُعِيْنُوْا فِيْهَا.
Barangsiapa antara kamu yang berkorban maka janganlah ada sisi daging korban di rumahnya pada pagi hari ketiga. Pada tahun berikutnya para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah apakah kami akan melakukan seperti tahu yang lalu? Baginda bersabda: Sekarang makanlah, sedekanlah dan simpanlah. Tahun lalu aku melarangnya kerana pada saat itu orang-orang dalam keadaan kesulitan dan aku ingin membantu mereka dengan daging korban tersebut. (H/R Bukhari 5569 dan Muslim 1974.)
وَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُوْا وَتَزَوَّدُوْا
Bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Makanlah dan simpanlah. (H/R Muslim 1972.)
Panduan Hukum Korban (6/10) - Tanda-tanda Akhir Zaman Ilmu dipelajari dari Asaghir
Panduan Hukum Ibadah Korban
HADIS-HADIS LEMAH
Hadis-hadis di bawah ini adalah hadis-hadis lemah. Walaupun sebahagian besar masyarakat Islam masih mengamalkan dan menerimanya sebagai hujjah dalam menunaikan ibadah korban, namun yang sebenarnya ia sama sekali tidak boleh dijadikan dalil/hujjah dan tidak boleh diamalkan untuk beribadah korban. Antara hadis-hadis berikut ialah:
اِنَّمَا نَهَى رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْمَصْفَرَةِ وَالْمَسْتَاْصَلَةِ ، وَالْبَخْقَاءِ ، وَالْمُشَيَّعَةِ ، وَالْكَسِيْرَةِ ، فَالْمُصْفَرَةِ الَّتِيْ تَسْتَأْصَلُ أُذُنُهَا حَتَّى يَبْدُوْ صَمَاخُهَا ، وَالْمُسْتَأْصَلَةُ الَّتِيْ ذَهَبَ قَرْنُهَا مِنْ أَصْلِهَا ، وَالْبَخْقَاءُ الَّتِيْ تُبْخَقُ عَيْنُهَا ، وَالْمُشَيَّعَةُ الَّتِيْ لاَ تَتْبَعُ الْغَنَمُ عَجْفًا وَضَعْفًا ، وَالْكَسِيْرَةُ الَّتِيْ لاَ تُنْقِى.
Bahawasanya Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam melarang dari musfarah, al-mustasalah, al-bakhqaa, al-musyayaah dan al-kasirah. Al-musfarah ialah yang dihilangkan telinganya dari pangkalnya. Al-mustasalah ialah yang hilang tanduknya dari pangkalnya, al-bukhqaa ialah yang hilang penglihatannya dan al-musyayaah ialah yang tidak dapat mengikuti kelompok kambing kerana kurus dan lemahnya dan al-kasirah ialah yang tidak berlemak. (Hadis ini dilemahkan oleh Syeikh al-Albani dalam Dhaif Abu Daud no 599. Hlm 2/4.)
Walaupun di dalam hadis ini terdapat larangan berkorban dengan Al-Mustasalah iaitu haiwan yang dihilangkan tanduknya dari pangkalnya, maka oleh kerana hadis ini adalah hadis lemah dan hadis-hadis yang melarangnya adalah hadis-hadis yang mungkar maka Imam Imam al-Baghawi menjelaskan:
Pendapat kebanyakan ulama, dibolehkan berkorban dengan haiwan yang patah kedua tanduknya. (Lihat: Syarah Sunnah 5/344. Al-Baghawi.)
Berkenaan dengan kambing yang hilang penglihatannya dan kurus dan lemah (tidak berlemak) tidak boleh dijadikan haiwan korban.
اِشْتَرَيْتُ كَبْشًا أُضَحِّيْ بِهِ فَعَدَ الذِّءْبُ فَأَخَذَ اْلإِلْيَةَ ، فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : ضَحِّ بِهِ.
Saya membeli seekor kambing untuk berkorban lalu serigala menerkamnya dan membaham punggungnya, kemudian aku tanyakan kepada Nabi sallallahu alaihi wa-sallam, baginda bersabda: berkorbanlah dengannya. (Hadis ini dilemahkan oleh Syeikh al-Albani. Lihat: Daif Ibnu Majah no. 679.)
Hadis ini adalah hadis lemah maka tidak boleh berkorban dengan kambing yang telah cacat yang telah dibaham oleh serigala. Tetapi kalau kecacatannya kecil masih dibolehkan kerana Rasulullah bersabda:
Yang jelas buta sebelah matanya, yang jelas pincangnya. Iaitu yang jelas cacatnya
نَهَى رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُضَحِّيَ بِأَعْضَبِ الْقَرْنِ وَاْلأُذُنِ.
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam menegah seseorang berkorban dengan binatang yang terpotong tanduk dan telinganya. (Menurut Syeikh al-Albani hadis in adalah mungkar. Lihat: Irwaul Galil 4/1149.)
Oleh kerana kesemua hadis-hadis di atas ini adalah lemah dan pendapat kebanyakan ulama pula dibolehkan berkorban dengan kambing yang patah tanduknya, (Lihat: Syarah Sunnah. 5/344.) atau binatang yang sengaja dipotong tanduknya, ekornya atau diberitanda (ditindik) di telinganya kerana sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan maka kambing seperti itu dibolehkan untuk dijadikan binatang korban.
Adapun binatang yang cacat sejak dilahirkan, dicacatkan tanpa ada sebab atau dicacatkan oleh gigitan binatang buas maka ia tidak boleh dijadikan ibadah korban.
Panduan Hukum Korban (7/10) - Haiwan Korban tidak boleh Cacat
Panduan Hukum Ibadat Korban
HARI YANG DIIZINKAN BERKORBAN
Hari yang diizinkan menyembelih korban ialah hanya pada hari hari Tasyriq iaitu sampai terbenamnya matahari diakhir hari Tasyriq. Demikianlah dari Ali bin Abi Talib, pendapat mazhab Hanafiah dan mazhab Syafieyah. (Lihat: Subulus Salam.) Malah Imam Ahmad berpendapat seperti itu kerana beliau berkata:
Ini adalah pendapat lebih dari satu sahabat Muhammad sallallahu alaihi wa-sallam. Al-Atsram menyebutkan antara mereka ialah: Ibnu Umar dan Ibnu Abbas radiallahu anhuma. (Lihat: Zaadul Maad. 2/319.)
Pendapat mereka ini ialah berpandukan kepada hadis-hadis Nabi sallallahu alaihi wa-sallam:
كُلُّ أَيَّامِ التَّشْرِقِ ذَبْحٌ.
Pada semua hari-hari Tasyriq adalah hari sembelihan (korban). (H/R Ahmad 4/8. Ibnu Hibban dan al-Baihaqi. Disahihkan oleh Al-Arnauth. Lihat: Zaadul Maad. 11/318 Ibnul Qaiyim. Dihasankan oleh Ali Hasan Abdul Hamid. Lihat: Ahkamul Iedain.)
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ : أَلأَضْحَى يَوْمَانِ بَعَدَ يَوْمِ اْلأَضْحَى.
Dari Ibnu Umar berkata: Berkorban dua hari setelah hari Adha (Masuk Hari Raya). (H/R Malik.)
Sesiapa yang menyembelih dengan niat untuk berkorban selepas hari-hari yang dinyatakan di atas iaitu setelah berlalunya hari Tasyrik, maka tidak lagi terhitung sebagai ibadah korban kerana hari Tasyriq telah luput. Maka sembelihannya hanya dikira sebagai sedekah, tidak dihukum sebagai ibadah korban.
HAIWAN YANG TIDAK CACAT
Menurut Imam Asy-Syaukani rahimahullah:
(Mengikut hadis-hadis) menunjukkan bahawa tidak sah berkorban dengan binatang yang memiliki kecacatan seperti dinyatakan dalam hadis-hadis (sahih). Barangsiapa yang mengatakan sah secara mutlak atau mengatakan sah tetapi makruh, maka sewajarnya mendatangkan dalil yang boleh memalingkan dari makna larangan yang sebenar iatiu berhukum haram atau tidak sah. Terutama apabila dikembalikan kepada hadis al-Bara dengan jelas menunjukkan tidak dibolehkan. (Lihat: Nailul Authar 5/207.)
Maka dengan ini haiwan yang ingin dijadikan korban tidak boleh cacat atau ada kekurangan seperti kurus, pincang (tempang), berpenyakit, buta walau sebelah mata, hilang telinga atau koyak atau patah atau kurang kakinya. Syarat-syarat ini berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam:
أَرْبَعٌ لاَ تَجُوْزُ فِى اْلأَضَاحِيْ ، اَلْعَوْرَاءُ الْبَيِّنُ عَوْرَهَا ، وَالْمَرِيْضَةُ الْبَيِّنُ مَرَضُهَا ،وَالْعَرْجَاءُ الْبَيِّنُ ضَلْعُهَا ، اَلْكَبِيْرُ الَّتِيْ لاَ تُنْقَى أَيْ لاَ مُخَّ لَهَا.
Empat (jenis binatang) yang tidak dibolehkan dalam berkorban: Buta sebelah yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang (pincang) yang jelas bengkoknya, yang tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus). (H/R Ahmad, Tirmizi, Ibnu Hibban dan Hakim)
لاَ يُضَحَّى بِالعَرْجَاءِ بَيِّنٌ ظَلَعُهَا وَلاَ بَالْعَوْرَاءِ بَيِّنٌ وَلا بِالْمَرِيْضَةِ بَيِّنٌ مَرَضُهَا وَلاَ بِالْعَجْفَاءِ الَّتِيْ لاَ تَنْقِيْ.
Janganlah kamu menyembelih binatang korban yang pincang dan jelas pincangnya, yang buta sebelah (matanya) dan jelas butanya, yang sakit jelas sakitnya dan yang sudah terlalu tua sehingga tidak ada sum-sumnya. (H/R Abu Daud 2802. Turmizi 1497. Nasaii 215-216. Ibnu Majah 3144 Ahmad 284, 289, 300. Malik 2/80, 108, 128 dan 149. Hakim 4/224. Baihaqi 274. Hadis sahih.)
Dibolehkan berkorban dengan haiwan yang dikebiri kerana tujuannya supaya haiwan tersebut sihat dan gemuk.
Dan Imam Al-Bagahawi berkata lagi:
(Hadis sahih) menunjukkan bahawa haiwan yang memiliki kecacatan kecil boleh dijadikan haiwan korban, bukankah kamu melihat Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: Yang jelas buta sebelah matanya, yang jelas pincangnya. (Lihat: Nailul Authar 5/340.)
Panduan Hukum Korban (8/10) - Larangan Memotong Rambut, Bulu dan Kuku
Panduan Hukum Korban
PERKARA-PERKARA YANG SUNNAH
Ada beberapa perkara yang disunnahkan bagi mereka yang melakukan korban, antaranya:
1.Semua yang terlibat dengan ibadah korban dilarang dari mencabut, membakar, mencukur atau menggunting rambut dan bulu ari-ari (bulu ketiak, bulu kemaluan, misai, janggut dan semua bulu yang terdapat di tubuh). Dilarang juga dari mematahkan atau memotong kukunya setelah masuk 1 Zulhijjah hingga ke hari dia berkorban. Berkata Imam Asy-Syaukani bahawa hadis-hadis yang berkaitan dengan hadis larangan memotong rambut, bulu ari-ari dan memotong kuku, adalah berpihak kepada pendapat yang menghukum haram. (Lihat: Nailul Authar 5/201)
Sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam:
اِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِيْ الْحِجَّةِ ، وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ اَنْ يُضَحَّى ، فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ.
Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu hendak berkorban maka hendaklah dia menahan dirinya dari memotong rambut dan kukunya. (H/R Muslim, 1977. Hadis dari Ummu Salamah.)
مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ ، فَاِذَا أُهِلَّ هِلاَلٌ ذِي الْحِجَّةِ فَلاَ يَأْخُذْ مِنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ حَتَّى يُضَحَّى.
Barangsiapa yang memiliki sembelihan untuk disembelih, maka apabila masuk bulan Zulhijjah maka janganlah sekali-kali memotong rambutnya dan kukunya sehingga dia berkorban. (H/R Muslim.)
إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعْرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا
Apabila telah masuk sepuluh hari (bulan Zulhijjah) sementara ada antara kamu yang ingin berkorban, maka janganlah ia memotong rambut dan permukaan kulitnya (bulu ari-ari) sedikitpun. (H/R Muslim 1977.)
Menurut Imam Nawawi rahimahullah: Maksudnya (dari larangan tersebut) ialah: Dilarang memotong kuku dengan gunting dan sebagainya. Dilarang menggunting (memotong) rambut sama ada membotakkan (mencukur), memendekkannya, mencabutnya, membakarnya atau selainnya. Termasuk dalam hal ini (dilarang) memotong bulu ketiak, misai, bulu kemaluan dan bulu yang ada di seluruh badan. (Lihat: Syarah Muslim 13/138.)
Berkata Ibnu Qudamah rahimahullah: Sesiapa yang melanggar larangan ini (menggunting rambut dan memotong kuku pent.), hendaklah memohon ampun kepada Allah dan tidak ada fidyah baginya, sama ada disengajakan atau terlupa. (Lihat: Al-Mughni 11/96.)
Adapun hikmah di sebalik larangan ini agar seluruh tubuh badan dibebaskan dari api nereka dan juga mengingati orang yang melakukan ihram di Mekah.
1.Disunnahkan makan daging dari sembelihannya, bersedekah dan menyimpan dagingnya yang lebih:
فَكُلُوْا مِنْهَا وَأَطْعِمُوْا الْبَآئِسَ الْفَقَيْرَ.
Makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir. (Al-Haj, 22:28.)
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : كُلُوْا ، وَادَّخِرُوْا وَتَصَدَّقُوْا.
Bahawa Nabi sallallahu alaihi wa-sallam bersabda: Makanlah (dagingnya), simpanlah (jika ada yang lebih) dan bersedekahlah. (H/R Bukhari 5569. Muslim 197)
Panduan Hukum Korban (9/10) - Larangan Memberi Upah dan Menjual Daging Korban
أَمَرَنِيْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُوْمَ عَلَى بُدْنِهِ ، وَأَنْ أُقْسِمَ لُحُوْمَهَا وَجُلُوْدَهَا ، وَحِلاَلَهَا عَلَى الْمَسَاكِيْنِ ، وَلاَ أُعْطِيَ فِى جَزَرَتِهَا شَيْئَا.
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam memerintahkan aku untuk menyembelih binatang korbannya dan membahagi-bahagikan dagingnya, kulitnya dan alat-alat yang melindungi tubuhnya. Dan tidak memberi (sebagai upah) tukang sembelih sedikitpun dari korban tersebut. (H/R Bukhari dan Muslim.)
Menurut pendapat jumhur ulama, setiap yang bermanfaat yang datangnya dari tubuh binatang korban tidak boleh diperjual-belikan. Tukang sembelih yang diupah untuk menyembelih tidak mendapat daging korban dan tidak boleh diupah dengan daging korban tetapi yang dia dapat hanyalah upah dari yang berkorban sebagaimana yang dijelaskan melalui hadis di atas.
2. Disunnahkan bagi yang berkorban menyembelih sendiri binatang sembelihannya atau mewakilkan kepada orang lain (Lihat: أحكام العيدين hlm. 77. Ali Hasan.) jika ada halangan atau tidak berdaya melakukannya sendiri.
3.Untuk memperlihatkan syiar Islam maka disunnahkan agar menyembelih di musalla (di tanah lapang yang digunakan untuk solat). Ini berdalilkan hadis dari Ibnu Umar radiallahu anhu dari Nabi sallallahu alaihi wa-sallam:
أَنَّهُ كَانَ يَذْبَحُ وَيَنْحَرُ بَالْمُصَلَّى.
Bahawasanya baginda menyembelih dan berkorban di Musalla (H/R Bukhari.)
MENYEMBELIH SECARA SUNNAH
Hendaklah menyembelih dengan pisau yang tajam, tidak boleh menggunakan pisau yang tumpul dan yang diperbuat daripada tulang. Ketika menyembelih ucapkanlah: Bismillahi Wallahu Akbar (بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ). Tidak ada ucapan, zikir dan doa-doa tertentu sebelum menyembelih haiwan korban. Bertakbir, bertahmid dan membuat ucapan, pengumuman dan menyebut harga serta nama orang yang menyembelih tidak ada dasarnya dari sunnah.
Baringkanlah binatang korban pada sebelah sisi kirinya agar mudah memegang pisau dengan tangan kanan dan memegang atau menahan lehernya dengan tangan kiri, sebagaimana hadis Rasulullah:
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، أَنَّ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُضَحِّي بِكَبْشَيْنِ ، أَمْلَحَيْنِ ، أَقْرَنَيْنِ ، وَيُسَمِّى وَيُكَبَّرُ وَيَضَعُ رِجْلَيْهِ عَلَى صِفَاحِهِمَا.
Dari Anas radiallahu anhu, bahawasanya Nabi sallallahu alaihi wa-sallam menyembelih dua ekor kibas yang bagus dan bertanduk. Baginda mengucapkan basmalah dan bertakbir serta meletakkan kakinya di samping lehernya.(H/R Bukhairi dan Muslim).
Panduan Hukum Korban (10/10) - Paling Kurang Satu Ekor Kambing
Panduan Hukum Korban
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
UNTUK SEMUA AHLI KELUARGA
Seekor binatang korban, sama ada kambing atau lembu, boleh dikongsi pahalanya untuk dirinya, untuk orang-orang yang dalam tanggungannya dan untuk kesemua ahli keluarganya walaupun hanya berkorban dengan seekor kambing. Kerana seorang ketua keluarga mewakili seluruh keluarganya apabila dia berkorban. Ini berdasarkan hadis:
قَالَ عَطَاءُ بْنُ يَسَّارٍ : سَأَلْتُ أَبَا أَيُّوْبَ اْلأَنْصَارِي كَيْفَ كَانَتِ الضَّحَايَا عَلَى عَهْدِ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ؟ اِنْ كَانَ الرَّجُلُ يُضَحِّي بِاالشَّاةِ عَنْهُ وَعَنْ أَهْلِ بَيْتِهِ فَيَاْكُلُوْنَ وَيُطْعِمُوْنِ.
Berkata Ata bin Yasar: Aku bertanya kepada Abu Ayyub al-Ansari bagaimana sifat sembelihan dimasa Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam? Beliau menjawab: Jika seseorang berkorban seekor kambing, maka untuk dia dan semua keluarganya. Kemudian mereka makan dan memberi makan dari korban tersebut. (H/R Tirmizi, Ibnu Majah, Malik dan Baihaqi dengan sanadnya hasan.)
Namun tidak ada larangan jika setiap individu dalam sebuah keluarga berkorban seekor kambing setiap seorang. Wallahu alam, walhamdulillahi, was-salatu was-salamu ala Rasulillah.
MENJUAL DAGING KORBAN
Tidak dibolehkan menjual daging dan kulit haiwan korban sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam:
وَلاَ تَبِيْعُوْا لُحُوْمَ الْهَدْيِ وَاْلأَضَاحِيِّ ، فَكُلُوْا وَاسْتَمْتِعُوْا بِجُلُوْدِهَا ، وَإِنْ أُطْعِمْتُمْ مِنْ لُحُوْمِهَا شَيْئًا فُكُلُوْهُ إِنْ شِئْتُمْ.
Janganlah kamu menjual daging korban (haji) dan daging korban (Idil Adha) Makanlah, sedekanlah dan manffatkanlah kulitnya, tetapi janganlah kamu menjual, jika kamu diberi sebahagian dari daging korban oleh orang lain, maka makanlah jika kalian mahu. (H/R Ahmad 4/15.)
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قَال رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ بَاعَ جِلْدَ أُضحِيَّتِهِ فَلاَ أُضْحِيَةَ لَهُ.
Dari Abu Hurairah berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang menjual kulit haiwan korbannya, maka tidak ada korban baginya. (Hadis Hasan riwayat Hakim 2/390, dan Baihaqi 9/294.)
Begitu juga menurut sebahagian ulama, tidak boleh memberikan daging korban kepada tukan sembelih yang telah diberi upah. Sama ada berupa hadiah atau sedekah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment